GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yakin lima feri ikonik yang telah diserahkan kepada tiga syarikat yang berkelayakan bagi tujuan pengubahsuaian kepada rangkaian tarikan pelancong mampu merangsang industri pelancongan negeri.
Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata syarikat berkenaan akan mengubah suai feri-feri ikonik itu kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.
"Mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP pada pertengahan bulan Jun telah meluluskan tiga syarikat itu untuk mengubah suai dan mengendali lima feri ikonik tersebut sepanjang 15 tahun.
"Di samping itu, syarikat yang mengambil alih feri berkenaan juga mesti menyerahkan wang jaminan RM200,000 setiap feri kepada SPPP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya syarikat Printhero Merchandise (M) Sdn Bhd, yang berpengalaman dalam mengendalikan kedai cenderamata di Stesen Bawah Bukit Bendera, Muzium Negara dan Muzium Perak, akan mengubah suai Feri Pulau Pinang kepada muzium terapung terletak di Tanjung City Marina.
Tan berkata muzium ini akan terdiri daripada pameran bergambar, visual, kedai cenderamata, kafe dan tempat fotografi bagi memastikan Muzium Feri Pulau Pinang ini akan mengembalikan nostalgia tentang sejarahnya kepada semua pelawat muzium.
Syarikat Chuen Shin Aquaculture Sdn Bhd pula memperoleh hak untuk mengubah suai Feri Pulau Kapas dan Feri Pulau Payar kepada restoran terapung, yang kedua-dua feri akan ditempatkan berhampiran Pulau Jerejak.
Syarikat ini juga mengendali beberapa restoran makanan laut serta mempunyai pengetahuan maritim, oleh itu, pelancong boleh menikmati makanan laut di restoran terapung, sambil menghadap Selat Pulau Pinang dan menikmati pemandangan dua jambatan Pulau Pinang.
Seterusnya, Tan berkata syarikat Kantan Jaya telah memperoleh hak untuk mengubah suai Feri Pulau Undan dan Pulau Talang-Talang kepada feri pelancongan, yang akan berlabuh di Swettenham Pier dan hanya membawa penumpang tanpa kenderaan.
"Feri pelancongan ini akan mempunyai restoran, bilik persidangan, restoran untuk majlis jamuan dan perkahwinan, menjual produk tempatan, kedai cenderamata dan lain-lain.
"Syarikat Kantan Jaya mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam bidang perkapalan dan berupaya menyelenggara feri. Kelebihan ini membolehkan Syarikat Kantan Jaya memastikan perkhidmatan feri pelancongan disediakan secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

Tiga syarikat akan mengubah suai feri-feri ikonik itu kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung. - Astro AWANI / Hilal Azmi

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.

Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.

Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.

Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju

Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.

Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.

Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.

Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.

Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.