KEPALA BATAS: Walaupun terpaksa berkongsi gajet untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian namun, usaha itu berbaloi bagi Nur Tasnim Mohd Fadzli, 18, apabila dia meraih 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lebih manis, pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas, Pulau Pinang itu meraih hadiah berganda apabila menerima sumbangan berupa motosikal Modenas Kriss sumbangan kelab motosikal, Northern Pulsar Crew (NPC) sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR), hari ini.
Menurut Nur Tasnim, dia tidak menyangka akan memperoleh 10A kerana terpaksa bergelut untuk membuat ulang kaji secara atas talian berikutan kekangan dari segi kemudahan internet.
Apa tidaknya, dia terpaksa berkongsi satu gajet dengan dua adik berusia 10 dan 16 tahun yang turut membuat ulang kaji atas talian ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
"Masa COVID memang betul-betul (mencabar) sebab dari form four pun dah start PKP lepas tu form five pun sama memang sangat-sangat mencabar. l
"Belajar online sebab kadang-kadang internet lepas tu kena share gajet dengan adik, adik ada dua orang, kena berebut juga lah...macam susah bila ada kat rumah sebab ada adik-adik," katanya.
Nur Tasnim anak kedua dari empat beradik memberitahu dia akan menggunakan motosikal yang diterimanya apabila melanjutkan pelajaran kelak.
Dia yang ditemani ibu bapa, Mariyatulkhetiah Mohamad, 47, dan Mohd Fadzli Abdul Rahman, 49, berhasrat melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Syariah untuk mengejar cita-cita bergelar pensyarah.
Sementara itu, Pengarah Projek CSR NPC, Mohd Akmal Rosli memberitahu, program sumbangan motosikal kepada pelajar cemerlang dirancang sejak hujung tahun lalu sebagai dorongan kepada calon yang bakal menduduki SPM.
Ia adalah sebahagian program CSR yang terpaksa dihentikan dua tahun lalu susulan COVID-19.
"Nasihat saya kepada penerima ini (motosikal) bila ada motor ini diguna ke arah kebaikan. Lepas tu kalau kata sambung belajar kat mana-mana pun motor inilah boleh guna untuk harian dan juga jadi lebih berjaya lagi untuk masa-masa depan," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 16 2022
Nur Tasnim menerima sumbangan berupa motosikal Modenas Kriss sumbangan kelab motosikal, Northern Pulsar Crew (NPC) sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR), hari ini. - Foto Astro AWANI
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.