Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mengesahkan terdapat pelepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembentungan di sekitar kawasan Sungai Gong, Rawang yang menjadi antara punca pencemaran sungai itu.
SPAN berkata ia telah menjalankan operasi mengesan pembuangan sisa terlarang yang menyebabkan kejadian pencemaran Sungai Gong, pada lewat malam semalam (24 Sept) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Operasi itu telah memeriksa empat buah lurang pembetungan di kawasan tersebut dan sampel air sisa di dalamnya telah diambil untuk ujian makmal bagi mengesan bahan buangan terlarang berkenaan, kata SPAN.
"Operasi mendapati berlakunya aktiviti perlepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembetungan di sekitar kawasan berkenaan," kata SPAN dalam kenyataan hari ini.
Sabtu lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan insiden air Sungai Gong berwarna hitam tetapi tiada bau yang disyaki disebabkan pewarna, dan menerusi siasatan lanjut, LUAS menemui pelepasan efluen berwarna dan berbuih, daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan IWK GBK 134 area 5, di kawasan perindustrian Rawang.
SPAN berkata petugas IWK di Loji Rawatan Kumbahan Rawang Integrated Industrial Park pada Sabtu lepas telah mengenal pasti kemasukan buangan bukan kumbahan berwarna kuning ke dalam kebuk masuk loji berkenaan, yang menyebabkan IWK menghentikan pelepasan efluen dan melakukan operasi pembersihan loji.
Loji itu merupakan jenis longkang pengoksidaan (Oxidation Ditch-OD) yang mempunyai kapasiti 11,106 penduduk setara meliputi kawasan perindustrian tersebut.
Menurut SPAN, loji rawatan kumbahan hanya direka bentuk untuk merawat air kumbahan dan tidak mampu merawat apa-apa bahan kimia atau sisa lain yang dilepaskan secara haram ke dalam jajaran paip pembetungan.
SPAN berkata pembuangan sisa terlarang bukan kumbahan adalah satu kesalahan menurut Seksyen 61, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).
"SPAN memandang serius terhadap mana-mana pihak termasuk industri yang membuang atau melepaskan air sisa bukan kumbahan ke dalam atau melalui sistem pembetungan kerana ia satu perbuatan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020
![SPAN sahkan ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong SPAN sahkan ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/51599725972_SungaiGong.jpg)
GAMBAR FAIL: Keadaan semasa Sungai Gong selepas mengalami insiden pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang pada 5 Sept lalu. - BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699533006_NikNazmiNikAhmad.jpg)
IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi
Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.
![Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624974623_AgendaAWANI.jpg)
Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun
Notis penjadualan akan mula dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. kepada 1.3 juta pengguna bermula Julai ini.
![Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609209849_TBAIRSELANGOR.jpg)
Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna
Central Water Reclamation Sdn Bhd akan mengenal pasti usaha sama lain berkaitan dengan loji rawatan IWK, termasuk loji di Pantai 2, Kuala Lumpur dan Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.
![Empat suspek dipercayai ada kaitan pencemaran air ditahan - PDRM Empat suspek dipercayai ada kaitan pencemaran air ditahan - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603333505_TBFadzilAhmatx.jpg)
Empat suspek dipercayai ada kaitan pencemaran air ditahan - PDRM
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, kesemua suspek ditahan antara tengah malam hingga awal pagi tadi.
![Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605005312_Pencemaranairsgse.jpg)
Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang
Bahan tercemar itu dipercayai dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium.
![SPAN sahkan ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong SPAN sahkan ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599725972_SungaiGong.jpg)
SPAN sahkan ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong
SPAN hari ini mengesahkan terdapat pelepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembentungan di sekitar kawasan Sungai Gong, Rawang.
![IWK sangkal dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang IWK sangkal dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599725972_SungaiGong.jpg)
IWK sangkal dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang
IWK menegaskan kejadian air di Sungai Gong, Rawang menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Kawasan Perindustrian Rawang.
![LUAS kesan air Sungai Gong Rawang berwarna hitam, tiada henti tugas loji LUAS kesan air Sungai Gong Rawang berwarna hitam, tiada henti tugas loji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599725972_SungaiGong.jpg)
LUAS kesan air Sungai Gong Rawang berwarna hitam, tiada henti tugas loji
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya menerima laporan insiden air Sungai Gong, Rawang berwarna hitam, kira-kira pukul 12.11 tengah hari Sabtu.
![Pengusaha makanan digesa jangan ambil remeh isu alam sekitar Pengusaha makanan digesa jangan ambil remeh isu alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590022133_AhmadMasrizalMuham.jpg)
Pengusaha makanan digesa jangan ambil remeh isu alam sekitar
Premis penjualan makanan yang menghasilkan sisa FOG akan menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan air sisa kumbahan yang tersekat akan melimpah ke lurang-lurang pembetungan.
![IWK terus komited sedia perkhidmatan cekap dalam apa jua krisis IWK terus komited sedia perkhidmatan cekap dalam apa jua krisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71593531263_IWKSumbanganKumb.jpg)
IWK terus komited sedia perkhidmatan cekap dalam apa jua krisis
Ia seterusnya menjamin kesihatan awam dan pastinya akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.