KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata selain itu IWK juga menjalankan perniagaan bukan terasnya sendiri seperti program sekular ekonomi, kitar semula bio pepejal dan sewaaan aset pembentungan kepada pihak ketiga.
"Pada tahun ini peruntukan kepada IWK ialah RM90 juta, namun setakat ini IWK mampu beroperasi dengan baik dengan menggunakan RM60 juta sahaja daripada peruntukan tersebut.
"Mesyuarat jemaah menteri kerajaan sebelum ini iaitu pada 20 April 2022 telah bersetuju dengan pelarasan tarif yang mula dilaksanakan Januari 2023, maka kita menjangkakan bahawa bermula 2024 IWK tidak perlu lagi subsidi dari pihak kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementerian akan membuat pindaan fasa pertama kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) melibatkan beberapa seksyen spesifik bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan.
Beliau berkata pindaan itu termasuk peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.
"Ia akan naik daripada RM10,000 kepada RM10 juta dan hukuman penjara daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali," katanya.
Selain itu, beliau berkata pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan juga akan diteruskan dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 16 Nov ini.
Persidangan bersambung Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini
Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Mendapan baharu di Jalan Masjid India: DBKL, IWK ambil tindakan, pastikan keselamatan awam
Tindakan segera telah diambil oleh DBKL untuk memastikan keselamatan kawasan di sekitar Jalan Masjid India susulan mendapan baharu.

Lurang kumbahan lokasi hingga lurang kumbahan hilir dipecahkan hingga 69 meter - DBKL
IWK juga telah melaksanakan 'flushing' di lurang kumbahan, namun belum menemui sebarang petunjuk.

Tanah jerlus Masjid India: Operasi cari mangsa di IWK Pantai Dalam diteruskan dengan bantuan pakar
Pakar dalam SAR membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tanah jerlus Masjid India: Dua kali 'flushing', mangsa belum dijumpai - DBKL
Indah Water Konsortium turut memulakan 'flushing' di lurang kumbahan 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi Isnin.

Tanah jerlus Masjid India: IWK akan buka semua injap pintu saluran kumbahan - Polis
Ia bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Masjid India.

IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi
Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.

Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun
Notis penjadualan akan mula dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. kepada 1.3 juta pengguna bermula Julai ini.

Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna
Central Water Reclamation Sdn Bhd akan mengenal pasti usaha sama lain berkaitan dengan loji rawatan IWK, termasuk loji di Pantai 2, Kuala Lumpur dan Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Empat suspek dipercayai ada kaitan pencemaran air ditahan - PDRM
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, kesemua suspek ditahan antara tengah malam hingga awal pagi tadi.