Bagaimanapun, Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, setakat ini mangsa masih belum dijumpai.
"Pada sebelah malam pula, pasukan Indah Water Konsortium (IWK) telah memulakan 'flushing' yang dilaksanakan di lurang kumbahan 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi Isnin.
"Pencarian oleh pasukan SAR akan disambung pada pagi Isnin," katanya dalam satu kenyataan, pada awal pagi ini.
Pada Ahad, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, berkata teknik 'flushing' adalah menyekat aliran air di lurang kumbahan dan setelah air melimpah, sekatan akan dilepas untuk menghasilkan arus aliran air yang deras.
Beliau berkata, teknik itu akan dikoordinasikan oleh pasukan Indah Water Konsortium (IWK) bermula di lurang kumbahan lima berhampiran Agrobank.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.