Sementara Indah Water Konsortium (IWK) membuat pemecahan serpihan menggunakan 'jetter' di laluan lurang kumbahan lokasi kejadian ke lurang kumbahan hilir dengan jarak 69 meter.
Menurut Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pasukan SAR tetap komited meneruskan pencarian wanita berkenaan yang memasuki hari keempat itu.
"Untuk rekod, pihak IWK telah melaksanakan 'flushing' di lurang kumbahan mulai lewat malam tadi sehingga jam 2 pagi, pada Isnin, namun belum menemui sebarang petunjuk.
"Bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pencarian dilakukan oleh pasukan SAR, adalah dipohon kepada orang awam memberikan kerjasama dengan tidak berada berhampiran lokasi insiden," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.