PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membatalkan keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) serta menyenarai hitam calon yang didapati terlibat dalam salah laku integriti semasa menduduki peperiksaan itu.
SPA dalam kenyataannya memaklumkan hasil pemantauan dan siasatan pihaknya mendapati ada calon yang tidak bertanggungjawab semasa menduduki PSEE.
"SPA telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti dengan mewujudkan kumpulan tertentu dalam WhatsApp dan Telegram, bertujuan menawarkan perkhidmatan berbayar penyediaan jawapan atau bersubahat melakukan aktiviti peniruan dan perkongsian jawapan bagi tujuan lulus PSSE," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut SPA memandang serius perkara tersebut dan menegaskan bahawa permohonan calon terlibat bagi sebarang jawatan lain tidak akan dipertimbang.
Pencarian di ruang Telegram mendapati wujud beberapa kumpulan antaranya 'Bank Soalan PSEE' dan 'PSEE Daya Menyelesaikan Masalah' yang memuat naik set soalan, jawapan beserta cara kerja bagi soalan penyelesaian masalah.
Turut dimuatkan peringatan kepada anggota kumpulan bahawa mereka dilarang menghantar sebarang soalan dalam kumpulan terbabit ketika peperiksaan berlangsung.
PSEE merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara dalam talian sebagai saringan awal kepada pemohon pekerjaan merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan ujian kefahaman Bahasa Inggeris.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

SPA telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti dengan mewujudkan kumpulan tertentu dalam WhatsApp dan Telegram.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival Kerjaya MFJ
Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan di sektor swasta selain temu duga terbuka bagi jawatan dalam perkhidmatan awam ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) bermula esok.

Panggil rakan sekerja 'sayang', 'dear' boleh kena tatatertib
Perbuatan curang, menjalinkan hubungan sulit dan memanggil rakan sekerja dengan gelaran sayang atau dear boleh dikenakan tindakan tatatertib.

KKM lanjut kontrak petugas kesihatan yang tamat tahun ini
Lulus pelantikan semula secara kontrak 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, melibatkan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak pada 2 Februari.

SPA batal keputusan PSEE, senarai hitam calon terlibat salah laku integriti
Hasil pemantauan dan siasatan pihak SPA mendapati ada calon yang tidak bertanggungjawab semasa menduduki PSEE.

Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham
Pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan malah diteruskan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Kerajaan kaji wujud RUU Suruhanjaya Keharmonian
Ambil kira kewujudan lain-lain model suruhanjaya serta skop bidang kuasa daripada beberapa negara luar.

Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional
Surat arahan tersebut telah dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada beliau pada Isnin.

SPA tiada halangan jika ada penjawat awam mahu jadi calon PRU14
Selagi ia mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan, terpulanglah kepada individu terbabit yang berminat.

Anggota bomba cedera dibenar jalani temuduga kenaikan pangkat dalam wad
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera ketika melaksanakan tugas dan tidak dapat menghadiri temuduga kenaikan pangkat secara lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menjalani temuduga.

Calon SPA perlu lalui empat proses saringan
Langkah ini memberi peluang kepada kerajaan memilih calon yang benar-benar layak untuk bekerja.