SHAH ALAM: Perbuatan curang, menjalinkan hubungan sulit dan memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 7 April lalu, perkara itu antara salah satu jenis gangguan dan kesalahan penjawat awam yang diperincikan surat tersebut.
Tambah kenyataan tersebut, perkataan atau ayat ‘sayang’ dan ‘dear’ yang diucapkan oleh mana-mana pegawai awam sehingga mengganggu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan atau audio.
Bagi kesalahan gangguan seksual secara fizikal atau sentuhan pula melibatkan perbuatan seperti menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan lain-lain oleh penjawat awam.
Selain itu, tindakan penjawat awam yang menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting’ menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya akan dikategorikan di bawah gangguan seksual visual.
Ulas surat berkenaan, semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Dalam pada itu, ketika dalam proses membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang atau rasa terhina.
Maklumat termasuk tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku juga perlu dimaklumkan oleh mangsa dalam aduan berkenaan.
Surat daripada Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menjelaskan bahawa penjawat awam yang terlibat dalam hubungan sulit juga dikategorikan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, kesalahan lain yang dinyatakan dalam surat yang sama termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 06 2023

Tindakan penjawat awam yang menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau sexting menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya akan dikategorikan di bawah gangguan seksual visual. - Gambar hiasan

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Pekerja stor mengaku salah rakam video rakan sekerja wanita 'lepas hajat'
Seorang pekerja stor mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video rakan sekerjanya itu sedang 'melepas hajat'

Lelaki tunjuk kemaluan dalam pejabat dicekup
Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.

Pegawai MPKB dituduh cabul rakan sekerja
Seorang pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerja pada Oktober tahun lalu.

Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.

Pekerja cuci kereta maut dipukul rakan sekerja
Hasil pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala.

2 maut pesawat pemadam kebakaran terhempas di Greece
Juruterbang dan pembantu juruterbang sebuah pesawat pemadam kebakaran terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas pada Selasa ketika memadam kebakaran hutan di Pulau Evia Greece.

Panggil rakan sekerja 'sayang', 'dear' boleh kena tatatertib
Perbuatan curang, menjalinkan hubungan sulit dan memanggil rakan sekerja dengan gelaran sayang atau dear boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja
Tertuduh didakwa membunuh Arshdeep Singh di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.

Menteri Britain letak jawatan susulan dakwaan buli
Gavin Williamson meletak jawatan pada Selasa selepas timbul dakwaan bahawa beliau membuli rakan sekerja.

Lelaki disyaki rogol rakan sekerja direman
Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas laporan polis dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 1 Ogos lepas.