KUALA LUMPUR: Pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan malah diteruskan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata pengambilan graduan perubatan terus dilaksanakan bagi graduan yang diluluskan pelantikannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memberi pendedahan pengalaman bekerja sepertimana obligasi yang ditetapkan oleh Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).
"Sejak Disember 2016, pengambilan graduan perubatan dibuat secara kontrak berikutan kekangan perjawatan tetap dan membolehkan pengambilan dibuat tanpa lagi bergantung pada kekosongan tetap yang terhad.
"Kontrak yang ditawarkan adalah hingga tiga tahun bagi membolehkan graduan perubatan menjalani latihan siswazah dan kemudiannya disambung dua tahun lagi untuk membolehkan mereka melengkapkan khidmat wajib," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pandangan yang dikemukakan oleh Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia supaya kerajaan meneliti semula pengambilan penempatan lantikan baharu graduan perubatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).
Penelitian itu dicadangkan bagi memastikan graduan perubatan, khususnya dalam kalangan bumiputera, dapat berkhidmat secara tetap dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran bidang profesional di negara ini.
Dr Adham berkata bagi tempoh Disember 2016 hingga 31 Mei 2021, seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 789 daripada 2,544 pegawai daripada Kohort Lantikan 1 Tahun 2016, Kohort Lantikan 1 Tahun 2017 dan sebahagian Kohort Lantikan 2 Tahun 2017 yang layak diperakukan pelantikan tetap telahpun ditawarkan pelantikan tetap oleh SPA.
"Kohort lantikan lain yang masih dalam latihan dan belum ditimbangkan pelantikan tetap, perkhidmatan mereka masih disambung hingga 2022," katanya.
Berhubung pelantikan secara tetap, beliau berkata pelantikan itu dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa, dan ditawarkan kepada pegawai yang melepasi kriteria pelantikan tetap yang telah digariskan menerusi surat pekeliling yang ditetapkan.
"Bagi memastikan penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama, proses penilaian semasa latihan siswazah dibuat pada setiap penempatan dan kriteria penilaian pelantikan tetap juga dimaklumkan kepada setiap pegawai," katanya.
Selain itu, Dr Adham berkata KKM juga telah menubuhkan tiga peringkat jawatankuasa penilaian iaitu Jawatankuasa Teknikal Pelantikan Tetap di peringkat program perubatan, Jawatankuasa Pemilihan Pelantikan Tetap yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta perakuan pelantikan tetap kepada pengurusan tertinggi kementerian bagi memelihara ketelusan dan integriti dalam proses memperakukan pelantikan secara tetap.
Beliau turut mengingatkan bahawa peluang pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak hanya diberikan oleh KKM tetapi turut terdapat di hospital di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan sektor swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Dr Adham berkata berkata pengambilan graduan perubatan terus dilaksanakan bagi graduan yang diluluskan pelantikannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Lambakan graduan: KPT tumpu pergiat program tingkat kebolehpasaran - Khaled
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Graduan perubatan tempatan di bawah keperluan KKM - Noraini
Bagi mencapai nisbah 1:400 doktor kepada penduduk Malaysia, purata keperluan tambahan setiap tahun adalah seramai 4,000 orang.
Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham
Pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan malah diteruskan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Lulus BM dilonggar, elak ratusan graduan perubatan disia-siakan - MMA
Katanya, ini membolehkan mereka layak mendapatkan sijil pengamal perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sekaligus mengekalkan modal insan dalam bidang perubatan di negara ini.