Bekalan sotong di Terengganu adalah selamat untuk dimakan dan bebas daripada sebarang virus, kata Pengarah Perikanan Negeri Zawawi Ali.
Beliau berkata ia adalah hasil analisis oleh Makmal Biosekuriti Jabatan Perikanan di Kuantan, Pahang ke atas tiga sampel sotong dari pasar Chabang Tiga, Pasar Besar Kedai Payang dan jeti Pulau Kambing, semalam.
Analisis itu dibuat berikutan dakwaan seorang individu yang memuat naik status di Facebook, tiga hari lalu, kononnya lambakan sotong berlaku di negeri ini akibat jangkitan virus dan ia akan dihantar ke pasar borong di Selayang, Selangor, katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Besar Kepayang di sini hari ini.
Katanya susulan itu, Persatuan Nelayan Negeri (Penentu) membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, petang semalam.
Katanya Penentu juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sebagai pengajaran agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat salah sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.
"Sekiranya berlaku perkara seumpama itu, sudah pasti Jabatan Perikanan mengeluarkan larangan menjual sotong kepada orang ramai dan kami tidak sesekali akan menyembunyikan perkara mustahak seperti itu," kata Zawawi.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasar Besar Kedai Payang mendapati tiada lambakan sotong seperti yang didakwa sebaliknya peniaga memaklumkan bekalan sotong tidaj mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna.
Peniaga sotong, Zaid Ibrahim, 53, berkata beliau menjual antara 100 hingga 150 kilogram pelbagai jenis sotong setiap hari dan ada kalanya mencecah hingga 200 kilogram.
"Setakat ini, jualan sotong masih laris macam biasa dan kami para peniaga di sini tidak ada menerima sebarang aduan mengenai sotong yang dijangkiti virus," katanya yang berniaga di situ sejak 35 tahun lalu.
Seorang peniaga kedai makan dari Gong Badak, Mohd Ridwan Mohd Ali, 38, pula berkata jualan sotong di kedainya tetap laris seperti biasa walaupun terdapat dakwaan yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab itu.
"Setiap hari saya akan datang ke sini kerana bekalannya adalah segar. Tidak mungkin berlaku sebarang virus seperti yang disebarkan," katanya yang memuji tindakan pantas Jabatan Perikanan yang turun padang demi memastikan keselamatan pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2017

Analisis itu dibuat berikutan dakwaan seorang individu yang memuat naik status di Facebook, tiga hari lalu, kononnya lambakan sotong berlaku di negeri ini akibat jangkitan virus. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.

Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.

Bangkai lumba-lumba terdampar di Pantai Teluk Bahang
Bangkai haiwan itu dipercayai dihanyutkan ke darat oleh arus ombak sebelum terdampar di pantai berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

Ikan asing ancaman kepada ikan asli sungai
Nelayan darat dan orang awam dinasihat agar tidak melepaskan atau membuang spesies ikan asing terutamanya ikan baung ekor merah ke perairan umum.

154 ikan larangan bernilai RM13,000 dirampas di Perak
Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata rampasan terhadap ikan larangan itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Nelayan selamatkan yu paus terperangkap dalam pukat
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, kejadian yang tular menerusi media sosial itu berlaku pada 11 Ogos lalu.

Elak ikan asing terlepas ke perairan umum, jaring dipasang di laluan air keluar di Tasik Biru
DOF telah bertemu dengan pengurus dan penganjur satu program memancing susulan insiden melepaskan ikan patin Chao Praya di tasik berkenaan.

Malaysia alami kelunturan terumbu karang besar-besaran - DOF
Peningkatan suhu permukaan laut boleh memberi implikasi serius terhadap biodiversiti marin.

DOF teliti warta Gugusan Kepulauan Mersing, lindungi dugong dan rumput laut
Kepulauan Mersing merupakan lokasi dugong kerap dijumpai, namun berdepan ancaman pengecilan habitat dan ekosistem rumput laut.

Kandang ternakan khinzir di sebelah kolam ikan patin, video lama - DOF
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan penularan video lama serta berita tidak sahih sedemikian adalah tidak wajar.