Pengarahnya Zarina Zainuddin berkata bangkai haiwan itu dipercayai dihanyutkan ke darat oleh arus ombak sebelum terdampar di pantai berkenaan kira-kira 1 tengah hari.
"Berdasarkan pemeriksaan, bangkai lumba-lumba yang ditemukan terdampar itu adalah spesies Porpoise Ambu (Finless Porpoise) dan panjangnya boleh mencapai antara 1.5 meter ke dua meter dengan berat 45 kilogram (kg) hingga 75 kg.
"Kemungkinan haiwan itu mati disebabkan kecederaan akibat perlanggaran kapal, terperangkap pada pukat, terlepas atau mengejar makanan di kawasan yang cetek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau memaklumkan sejak Januari hingga semalam, pihaknya merekodkan enam haiwan terdampar melibatkan spesies terancam antaranya lumba-lumba dan penyu.
Sejak semalam tular di media sosial beberapa gambar dan video bangkai seekor lumba-lumba dipercayai jantan terdampar di kawasan pantai berhampiran sebuah hotel.
-- BERNAMA