Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Datuk John Ambrose, yang mengetuai UMNO bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.
"Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya," portal itu memetik beliau sebagai berkata.
Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Anggota Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan SOSMA terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.
Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.
Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
"Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Ambrose berkata 1MDB yang melantik presiden baharu tahun ini, membentangkan program rasionalisasi dan pengurangan hutangnya kepada Kabinet pada Jun lepas, yang diluluskan Kabinet.
Beliau berkata adalah jelas 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan rasionalisasi dan pengurangan hutangnya, dan Muhyiddin serta Shafie tidak menentang rancangan ini atau tidak bersetuju mengenainya.
"Sekarang Shafie dan Muhyiddin bercakap seolah-olah mereka tidak dimaklumkan mengenai fakta berkaitan 1MDB dan tidak menjadi anggota Kabinet yang meluluskan program rasionalisasi dan pengurangan hutang," beliau dipetik sebagai berkata.
Bernama
Tue Oct 13 2015

Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Maria Chin berhubung penahanan mengikut SOSMA
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Besar Malaya yang baharu Tan Sri Ahmad Maarop, sebulat suara menolak rayuannya.

Tempoh 28 hari tahanan SOSMA terus dikuat kuasa 5 tahun lagi - Nur Jazlan
Tempoh penahanan maksimum 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2017.

Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah SOSMA.

SOSMA: Ketua UMNO Penampang dakwa Muhyiddin dan Shafie berdolak dalik
John Ambrose dipetik berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.

Khairuddin ditahan di bawah SOSMA
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.