Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di sini, hari ini.
Peguamnya, Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI hari ini berkata tangkapan yang kedua ini adalah di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan atas kesalahan mengancam keselamatan negara.
Khairuddin yang dibebaskan selepas ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan pada Jumaat lalu ditangkap semula ketika beliau meninggalkan kompleks mahkamah bersama-sama peguamnya itu pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.
Seksyen 124K dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.
Di bawah SOSMA, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan.'
"Mereka ingin menggunakan SOSMA yang bermakna Khairuddin boleh ditahan selama 28 hari tanpa perbicaraan," kata Matthias.
SOSMA telah digubal bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk mengawal keselamatan negara termasuk ketenteraman awam, tindakan keganasan, sabotaj dan pengintipan.
Menurut Seksyen 4 (peruntukan utama) Akta ini , seorang pegawai polis mempunyai kuasa khas penangkapan dan reman ke atas orang yang disyaki mempunyai penglibatan dalam menyebabkan ancaman keselamatan berisiko tinggi.
Khairuddin pada Jumaat ditahan pihak polis di kediamannya di Mont Kiara beberapa hari sebelum beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat pada Isnin.
Isterinya, Datin Seri Umie Aida ketika dihubungi Astro AWANI selepas penahanan Khairuddin berkata, polis telah merampas beberapa barang-barang peribadi suaminya termasuk sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan kad sim semasa penahanan itu.
Berikutan penangkapan Khairuddin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Khairuddin itu sebagai satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara.
Khalid berkata Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
APA ITU SOSMA?
Sathesh Raj
Wed Sep 23 2015
![Khairuddin ditahan di bawah SOSMA Khairuddin ditahan di bawah SOSMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436673667_KHAIRUDDINABUHASSA.jpg)
Di bawah SOSMA, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari. - Gambar Fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
![Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Maria Chin berhubung penahanan mengikut SOSMA Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Maria Chin berhubung penahanan mengikut SOSMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480418066_MariaChinAbdullah.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Maria Chin berhubung penahanan mengikut SOSMA
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Besar Malaya yang baharu Tan Sri Ahmad Maarop, sebulat suara menolak rayuannya.
![Tempoh 28 hari tahanan SOSMA terus dikuat kuasa 5 tahun lagi - Nur Jazlan Tempoh 28 hari tahanan SOSMA terus dikuat kuasa 5 tahun lagi - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448705845_NurJazlanMohamed.jpg)
Tempoh 28 hari tahanan SOSMA terus dikuat kuasa 5 tahun lagi - Nur Jazlan
Tempoh penahanan maksimum 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2017.
![Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480326911_MariahChinAmbiga.jpg)
Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
![Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51447825544_DatukKhairuddin.jpg)
Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah SOSMA.
![SOSMA: Ketua UMNO Penampang dakwa Muhyiddin dan Shafie berdolak dalik SOSMA: Ketua UMNO Penampang dakwa Muhyiddin dan Shafie berdolak dalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444716697_JohnAmbrose.jpg)
SOSMA: Ketua UMNO Penampang dakwa Muhyiddin dan Shafie berdolak dalik
John Ambrose dipetik berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.
![Khairuddin ditahan di bawah SOSMA Khairuddin ditahan di bawah SOSMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436673667_KHAIRUDDINABUHASSA.jpg)
Khairuddin ditahan di bawah SOSMA
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.