PUTRAJAYA:Kerajaan akan mendapatkan ulasan dan pandangan pihak berkepentingan termasuk pemain industri dan kedutaan asing untuk menambah baik prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata kerajaan mahu mendengar dan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan sebelum menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk pengiktirafan pensijilan halal dari luar negara.
"Ini adalah usaha untuk memperkukuhkan pensijilan halal Malaysia, dengan memperkemas prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara," katanya dalam sidang media secara dalam talian hari ini selepas menyampaikan amanat sempena perhimpunan agensi di bawah jabatannya secara dalam talian.
Beliau difahamkan prosedur itu akan dimasukkan ke portal www.halal.gov.my untuk dibuka bagi ulasan awam pihak berkepentingan.
Dalam usaha mendalami isu berkaitan dengan pensijilan halal, Zulkifli berkata pihaknya juga sudah turun padang melawat beberapa kilang dan tempat penyimpanan daging di negara ini.
"Maklum balas yang kita terima sangat positif dan mereka menunjukkan komitmen dalam memastikan bekalan yang diperoleh adalah daripada sumber halal," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata Majlis Halal Malaysia (MHM) akan diaktifkan semula setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pelbagai agensi berkaitan isu kartel daging import haram dan pertemuan bersama pengimport dan pengedar daging serta produk daging pada bulan ini.
Apabila diaktifkan semula, majlis itu akan turut dianggotai kementerian lain, badan profesional dan pakar dalam bidang halal, yang akan berfungsi untuk memantau dasar dan arahan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perihal halal, katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

Zulkifli berkata MHM akan diaktifkan semula setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pelbagai agensi berkaitan isu kartel daging import haram.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.

Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.