Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pernah memberitahu balunya, Puan Sri Kalsom Ismail agar tidak mencampuri hal ibunya, bisnes serta politiknya.
Saksi pertama kes harta pusaka melibatkan bekas Ahli Parlimen Rompin itu, Mohamad Najeb Ali memberitahu, kenyataan itu diungkap abangnya secara terbuka dalam satu pertemuan keluarga.
“Ya. Arwah kata kepada isterinya Som jangan masuk campur hal mak saya, jangan campur hal bisnes saya dan jangan campur dengan politik saya,” katanya dalam kenyataan kes saman Aminah Abdullah, ibu kepada Allahyarham Jamaludin terhadap dua orang cucunya berhubung kegagalan memasukkan syer tiga buah syarikat ke dalam senarai aset harta pusaka dianggar bernilai RM1.3 bilion.
Sebelum ini kes itu tidak dapat diselesaikan melalui proses mediasi.
Menurut peguam Aminah dan Najeb, Pawancheek Merican, beberapa isu yang akan dibangkitkan adalah pemilikan beberapa aset kediaman di luar negara selain wang tunai.
Aminah, 85, selaku plaintif sebelum ini memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik pada 3 Januari lalu dengan menamakan anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Perbicaraan berlangsung dalam kamar Hakim Mohd Firuz Jaffril di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam pada itu kata Najeb, peringatan Jamaludin itu diingat kembali Kalsom semasa pertemuan mereka pada 21 Mac lalu.
Jelasnya, Aminah sebelum ini telah melalui kehidupan ibu tunggal yang sangat sukar dengan mendayung botnya sendiri ke pulau sungai untuk menanam sayur-sayuran selain ke bandar untuk menjual hasil tanamannya demi menanggung kehidupan dan menyara pendidikan Jamaludin sendiri.
“Jamaludin berjaya dalam pengajiannya dan kemudiannya menjadi seorang jurutera dan ahli perniagaan yang berjaya. Pastinya dia berterima kasih kepada ibunya sepanjang hidupnya,” kata Najeb.
Aminah sebelum ini menolak cadangan kedua-dua cucunya untuk menyelesaikan kes saman itu selepas mendapati ia tidak munasabah.
Kedua-dua defendan mencadangkan untuk memberi wang faraid kepada plaintif namun cadangan itu ditolak selepas mendapati ia tidak ada kena mengena dengan saman sivil berhubung syer syarikat yang dikemukakan di mahkamah.
Perbicaraan disambung semula pada 10 September ini.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 15 2019

Menurut Najeb, abangnya sudah tentu berterima kasih pada ibu yang banyak berkorban untuk masa depan Allahyarham. - Gambar Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Som jangan campur hal mak saya" - Najeb ingatkan pesanan Allahyarham JJ
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pernah memberitahu balunya, Puan Sri Kalsom Ismail agar tidak mencampuri hal ibunya, bisnes serta politiknya.