Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, solat hajat itu mohon diadakan selepas solat Jumaat hari ini.
Ia ekoran serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa.
“Serangan tersebut tidak sepatutnya berlaku terhadap umat Islam di Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan,” katanya dalam surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau diri Jumaat, pada Khamis.
Dalam serangan pada Rabu, sekurang-kurangnya 12 orang cedera serta lebih 350 rakyat Palestin ditahan.
Dalam satu video di media sosial, polis Israel yang bersenjata lengkap menggunakan belakang senapang dan kayu untuk memukul jemaah Palestin yang berada di dalam Masjid Al-Aqsa.
Terdahulu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu terhadap jemaah Palestin dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan tentera Israel menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian tempat ketiga paling suci dalam Islam.