IPOH:Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan supaya semua surau di negeri ini mendirikan solat Jumaat bagi memberi peluang seramai mungkin jemaah mengikutinya.
Ia termasuk surau dalam kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang.
Baginda turut memberi perkenan semua masjid dan surau di negeri ini menerima bilangan jemaah mengikut keluasan dewan solat utama, berkuat kuasa selepas Maghrib Khamis ini.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Baginda memberi perkenan itu setelah berpuas hati dengan keupayaan jawatankuasa dan pegawai masjid mematuhi dan melaksanakan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) Negeri Perak.
Ia juga diperkenan berlandaskan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
“Jabatan Agama Islam Perak bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan lengkap kepada semua jawatankuasa serta pegawai masjid dan surau, di samping memantau pematuhan garis panduan, memastikan jarak fizikal antara jemaah senantiasa dipatuhi, terutama aliran jemaah masuk dan keluar bangunan masjid dan surau,” katanya.
Menurut Mohd Annuar, kuliah ilmu juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau tetapi dalam ruang waktu antara selesai solat Maghrib dan sementara menantikan masuknya waktu solat Isyak.
Ia hendaklah dihentikan sebaik masuk waktu Isyak.
Selain itu, katanya, kuliah ilmu juga boleh diadakan tidak melebihi 30 minit, kepada jemaah yang berada dalam masjid dan surat sementara menanti azan solat Jumaat, dan tidak lebih 30 minit selepas selesai menunaikan solat Subuh.
Menurutnya, bagi solat Jumaat, jemaah yang dibenarkan adalah lelaki sahaja, terdiri daripada warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas.
Bagi solat fardu pula, jemaah lelaki dan wanita, warganegara dan penduduk tetap Malaysia berusia 12 tahun ke atas dibenarkan.
“Kumpulan berisiko tinggi dinasihatkan tidak menghadiri aktiviti berkumpulan di masjid dan surau sebagai langkah penghindaran demi mengelakkan berlakunya komplikasi kesihatan,” ujarnya.
Ia merujuk terutamanya kepada kalangan yang menghidap penyakit-penyakit tertentu dan sedang melalui rawatan perubatan.
Bagaimanapun, kata Mohd Annuar, sebarang aktiviti, termasuk solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenarkan.
Begitu juga jamuan dalam masjid dan surau, merangkumi perkarangan masjid dan surau, tidak dibenarkan.
Selain itu, para jemaah turut dinasihatkan membawa beg menyimpan kasut yang membolehkan jemaah membawa kasut ke dalam masjid dan surau.
Ini katanya bagi memastikan jarak fizikal diamalkan dan mengelak kesesakan yang diperhatikan sering berlaku ketika jemaah mencari kasut selepas selesai menunaikan solat.
Mohd Annuar berkata, Sultan Nazrin memahami hasrat umat Islam mahu mengimarahkan rumah-rumah Allah dan beribadah secara berjemaah.
“Perkenan baginda untuk menambah atau mengurangkan bilangan jemaah tertakluk kepada status semasa penularan wabak COVID-19 di negeri Perak Darul Ridzuan.
“Dalam memenuhi hasrat tersebut, baginda perlu mengutamakan faktor keselamatan, kesihatan para jemaah, serta menimbangkan tugas berat yang sedang dihadapi para petugas KKM dalam menangani wabak COVID-19 ketika ini,” tambahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 16 2021

Sultan Nazrin Shah memahami hasrat umat Islam mahu mengimarahkan rumah-rumah Allah dan beribadah secara berjemaah. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.

Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.