ALOR SETAR: Semua masjid dan surau di Kedah dibenarkan menganjurkan solat berjemaah sama ada solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mulai 1 April ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata, kebenaran itu adalah selaras dengan fasa peralihan ke endemik yang akan berkuat kuasa di seluruh negara pada tarikh tersebut dan setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Bagaimanapun, bagi aktiviti selain solat berjemaah, penjarakan fizikal masih diwajibkan. Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh yang bersesuaian dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
"Jamuan makan, gotong-royong dan kenduri dibenarkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurang satu meter. Wirid dan doa selepas solat dilaksanakan secara ringkas dan bersesuaian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau pada bulan Ramadan juga perlu mengikuti SOP yang sama.
Katanya, solat berjemaah bagi solat sunat tarawih, tahajud, witir dan lain-lain boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mengikut kapasiti masjid atau surau.
Mohd Yusri berkata, aktiviti bukan solat pada bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa, sahur dan moreh pula perlu dijalankan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan makanan digalakkan disediakan secara berbungkus.
Katanya, jemaah juga masih dikehendaki mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka sepanjang berada di premis, mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera, telah menerima suntikan vaksin yang lengkap serta digalakkan membawa sejadah sendiri.
"Jemaah juga dilarang berkumpul di dalam kawasan masjid dan surau selepas solat seperti bersembang, melepak dan seumpamanya, tidur di dalam masjid atau surau dan bersalaman atau berpelukan sesama jemaah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Semua masjid dan surau di Kedah dibenarkan menganjurkan solat berjemaah sama ada solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mulai 1 April ini. - Gamar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19.

Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.

Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April
Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau juga dibenarkan dengan pematuhan SOP.

Selangor benar rapat saf solat berjemaah mulai 1 April
Solat tarawih juga dibenar dilaksanakan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini.

Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April
Perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.

Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi
Kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19.

Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.

Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri
Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.