KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
Baginda bertitah fitnah dan menyemaikan rasa benci kini semakin mempengaruhi pemikiran dan pendirian ummah, yang mendorong kepada pertelingkahan, keretakan hubungan dan perpecahan.
Sehubungan itu, baginda bertitah umat Islam sewajibnya memilih untuk melihat elemen persamaan, yang berupaya membina perpaduan ummah dalam semangat 'biduk lalu kiambang bertaut'.
"Perpaduan ialah perkara yang wajib diutamakan dan dijiwai oleh insan yang menghayati roh Islam, kerana Islam ialah agama yang menekankan kepada aspek keamanan dan perdamaian.
"Umat Islam adalah bersaudara atas dasar tautan roh, yang seharusnya berperanan memperkukuh rasa kasih sayang, saling hormat-menghormati serta bersikap sopan terhadap orang lain," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.
Sementara itu, Sultan Nazrin turut bertitah persaudaraan insaniah yang terjalin, diperkukuhkan dengan semangat persaudaraan yang berpegang pada satu akidah, terbina dari dasar tauhid yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah.
Titah baginda, masyarakat yang kuat terbina melalui perpaduan yang kukuh dan disebabkan itu, perpaduan sangat dianjurkan dan diterapkan menerusi amalan-amalan ibadah seperti solat berjemaah, solat Jumaat, bertadarus al-Quran, berqiamullail di masjid.
"Begitu juga falsafah yang tersirat di sebalik ibadah-ibadah zakat, sedekah, wakaf dan haji, juga tuntutan melakukan pelbagai tanggungjawab fardu kifayah," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Baginda bertitah umat Islam sewajibnya memilih untuk melihat elemen persamaan, yang berupaya membina perpaduan ummah dalam semangat 'biduk lalu kiambang bertaut'. - Gambar Bernama
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.

Gadis, pemuda tidak kekok menjadi pembantu jurumandi jenazah
Nur Akmaliah Alias mengikut jejak langkah ibunya, Rosmawati Abdullah, yang merupakan seorang jurumandi jenazah.

Pernah urus 18 jenazah pesakit COVID-19 sehari, Faizah cekal laksana fardu kifayah
Faizah Hamezah tidak pernah berasa sukar dengan tugasnya walaupun menyedari hakikat dan risiko besar yang dihadapinya.

K'jaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan
Kerajaan Kelantan digesa supaya menambah jumlah pengurus jenazah yang berkelayakan bagi mempercepatkan pengurusan mayat orang Islam.