KUALA LUMPUR: Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal apabila negara memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' bermula 1 April ini, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.
Di KEDAH, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata ketetapan baharu mengenai perkara itu adalah tertakluk kepada perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.
"Buat masa ini mesyuarat bagi menentukan perkara itu masih belum diadakan," katanya.
Di PERAK, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusannya akan dimaklumkan kelak.
Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata meskipun perbincangan belum dibuat, pihaknya bersedia untuk mengikut saranan berkenaan.
BACA: Fasa peralihan ke endemik: Ini 5 perkara penting pengumuman Perdana Menteri hari ini
"Kami belum buat keputusan lagi berhubung aktiviti di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal, namun secara dasarnya jika itu (cadangan) yang disyorkan, kami akan ikut ke arah tersebut," katanya.
Di TERENGGANU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata ketetapan berhubung pemansuhan penjarakan fizikal bagi solat jemaah di semua masjid dan surau di negeri itu masih belum diputuskan, dan menegaskan ia hanya boleh ditentukan dengan perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Di PERLIS, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Ruzaini Rais berkata kerajaan negeri menunggu perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berhubung kelonggaran baharu itu.
Di SARAWAK, Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ketetapan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).
Beliau berkata buat masa ini, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan MIS berkuat kuasa 7 Jan lepas berhubung aktiviti solat di masjid dan surau di Sarawak masih terpakai.
Bagaimanapun, di sebalik kebanyakan negeri masih belum membincangkannya, PAHANG menjadi satu-satunya negeri yang telah bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain ketika dihubungi memaklumkan ketetapan berhubung pemansuhan jarak bagi solat jemaah di negeri ini, telah dibincangkan dan perinciannya akan dimaklumkan kepada orang ramai selewat-lewatnya pada minggu depan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa 'Peralihan Ke Endemik' 1 April ini.
Ismail Sabri berkata pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022

Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal apabila negara memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' bermula 1 April ini, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri. - Gambar hiasan/BERNAMA

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Masyarakat Islam Sarawak jangan terlalu ghairah adakan rumah terbuka raya
Masyarakat Islam Sarawak diingatkan supaya jangan terlalu ghairah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan walaupun negara kini sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri
Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.