KUALA LUMPUR: Mulai 1 April ini, tiada lagi penjarakan fizikal untuk solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan jemaah boleh merapatkan saf.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail, jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.
Selain itu, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada individu yang telah menerima vaksin COVID-19.
Masjid dan surau juga dibenar mengerjakan solat sunat terawih 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan, begitu juga aktiviti qiyamullail selepas tengah malam.
Namun, aktiviti penyediaan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Mohd Ajib, mulai tarikh itu juga, JAWI membenarkan aktiviti tadarus Al-Quran di masjid dan surau yang dihadiri kumpulan-kumpulan kecil, pada mana-mana waktu yang bersesuaian.
"Semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan, selaras nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
"Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-wilayah Persekutuan dan terus bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera dibendung, serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah," katanya.
BACA: Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau, rumah ibadat lain bermula 1 April - Perdana Menteri
BACA: Alhamdulillah, dah boleh kembali berjemaah di masjid
Kelonggaran ini diumumkan hampir dua tahun selepas Putrajaya pertama kali mengenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara termasuk melibatkan kegiatan keagamaan.
Penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat pada 18 Mac 2020 itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 15 Mac 2020.
Bagaimanapun, mulai 12 Jun 2020, semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibuka bagi Solat Jumaat dan solat berjemaah mengikut garis panduan ditetapkan di bawah PKP Pemulihan.
Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April ini, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Najib Aroff
Thu Mar 17 2022

JAWI turut membenarkan aktiviti tadarus Al-Quran di masjid dan surau, yang boleh dilaksanakan pada mana mana waktu yang bersesuaian, dalam bentuk kumpulan kecil. - Gambar fail BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Jawi saran masjid, surau laksana solat hajat untuk rakyat Palestin
Jawi turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman yang berterusan.

Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.