Isu nasional diyakini tidak mempengaruhi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut 29 Ogos ini.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, apa yang diinginkan oleh pengundi di DUN tersebut adalah pembangunan dan pembaharuan di kawasan itu.
Malah, tambah beliau, isu nasional tidak mendominasi suasana kempen PRK, sebaliknya pengundi lebih memfokuskan kepada masalah setempat.
“Isu nasional dah tak banyak. Saya tak dengar dah isu nasional. Bahkan, isu nasional di PRK ini tidak menjadi tajuk utama.
“Isunya (yang dibangkitkan) banyak isu tempatan, dan juga seperti saya sebutkan tadi, permasalahan yang dihadapi masyarakat,” katanya kepada media di sini, hari ini, ketika mengadakan sesi ramah mesra bersama pengundi di Pekan Slim.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), isu-isu nasional di Perak dilihat semakin reda.
Katanya, keadaan itu berbeza ketika pemerintahan kerajaan terdahulu yang banyak memainkan sentimen dan isu nasional.
“Jadi, Alhamdulillah, kerana kita tidak menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang boleh mengelirukan rakyat.
“Tetapi, apa yang perlu kita buat adalah, kita nak pastikan supaya masalah masyarakat setempat dapat kita kutip, dapat kita pungut dan dapat kita utarakan nanti,” ujarnya lagi.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau itu berkata, pengundi dan ketua pemimpin masyarakat juga dilihat menerima calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz.
Katanya, Mohd Zaidi akan membawa agenda pembangunan masyarakat di DUN itu dan menyelesaikan isu-isu tempatan apabila dipilih menjadi wakil rakyat kelak.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi, 43 tahun, dan dua calon Bebas iaitu S. Santhasekaran, 44 tahun, serta Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38 tahun.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 21 2020
![Slim Memilih: Isu nasional tidak pengaruhi pengundi - Mohamad Slim Memilih: Isu nasional tidak pengaruhi pengundi - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597983369_MohamadHassanTANJUNG.jpg)
Mohamad bersama Mohd Zaidi ketika sidang media selepas berkempen di Medan Selera Pekan Slim hari ini. --fotoBERNAMA
![Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720195269_TBwatson.jpg)
Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
![Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
![Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Bukan sahaja menjadi platform dalam membawa pengalaman baharu untuk Astro lebih dekat kepada pelanggan malah Jelajah Hello Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mampu menjadi ruang terbaik untuk komuniti sekitar bertemu artis-artis kegemaran masing-masing.
![EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720240313_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran Petropoda berbahaya di perairan Mersing
Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda Khususnya di perairan daerah Mersing.
!['Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji 'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720240200_AmyMasturatunaih.jpg)
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719802521_kempenPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
![PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719645635_DatukSeriDrZambry.jpg)
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
![BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718957976_ZahidHamidi.jpg)
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
![PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715440436_TBCALONDAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717859600_TBZAMBRY.jpg)
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
![UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717839889_JohariAbdulGhani.jpg)
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
![PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717751439_DrZambryAbdulKadi.jpg)
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
![BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717216556_JubliemasBN.jpg)
BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry
Zambry berkata kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
![Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50 Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717209864_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.