KUALA LUMPUR: Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
Kerjasama itu membawa penjenamaan produk Watsons ke peringkat lebih tinggi dengan pelancaran pesawat berjenama Watsons, menjadikan Watsons Malaysia peruncit pertama yang mencapai kejayaan itu.
Inisiatif ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membawa intipati kesihatan dan kecantikan ke ruang udara dengan pengalaman membeli-belah dalam pesawat.
Pelanggan hanya perlu mengimbas kod respon pantas (kod QR) yang terdapat dalam pesawat menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat pembelian.
Sebaik sahaja mendarat, pelanggan boleh menikmati penghantaran ekspres terus ke pintu rumah atau mengambilnya di mana-mana kedai pilihan dalam masa kurang dari dua jam.
Pesawat berjenama Watsons itu menampilkan maskot Watsons Malaysia, ‘Unik Si Kucing’, selain kad Ahli Watsons Club serta mesej dalam talian dan luar talian (O+O).
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International, Caryn Loh, memberitahu, kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan dedikasi Watsons dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka untuk terus berkembang mengikut trend industri dan inovasi.
"Ahli Watsons Club juga boleh menyertai peraduan Spend & Win yang menawarkan pelbagai hadiah hebat termasuk tiket penerbangan AirAsia, penginapan hotel AirAsia MOVE, mata AirAsia Move, dan e-baucar Watsons. Syaratnya, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit di kedai atau dalam talian," kata Caryn Loh pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Watsons Malaysia, di sini Jumaat lalu.
Caryn Loh menambah bahawa matlamat utama peruncit ini adalah untuk menyediakan kemudahan terbaik dan nilai kepada pembelian produk mereka.
Beliau memberitahu, Watsons Malaysia kini mempunyai lebih daripada 700 kedai di seluruh negara dengan kira-kira 7.5 juta ahli Watsons Club, dan menawarkan lebih daripada 12,000 produk di kedai dan dalam talian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AS Watson, Dr Malina Ngai, melahirkan rasa teruja dengan kerjasama bersama AirAsia sebagai inisiatif istimewa ulang tahun ke-30.
"Apa yang membawa kami kepada kerjasama ini ialah kepercayaan bersama bahawa 'langit bukan had', keghairahan kami untuk melayani pelanggan tidak mempunyai had dan apa sahaja adalah mungkin untuk kami,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama eksklusif ini, orang ramai boleh melayari www.watsons.com.my atau memuat naik aplikasi mudah alih Watsons di Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App.
Astro Awani
Sat Jul 06 2024

Caryn Loh, memberitahu, kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan dedikasi Watsons dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka untuk terus berkembang mengikut trend industri dan inovasi.- Foto Watsons

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.

Watsons Malaysia buka cawangan ke-700, tawar pengalaman membeli tiada tandingan
Watsons KSL Esplanade, Klang itu menekankan integrasi OO (Online Offline), menampilkan konsep terbaharu G9.

Meriahkan Aidilfitri anda dengan Watsons Rahsia Gaya Raya!
Kempen itu menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembelian di kedai Watsons mahupun secara online.

Watsons Malaysia mohon maaf atas video Legenda Cun Raya
Watsons Malaysia semalam membuat permohonan maaf di atas video Legenda Cun Raya yang mengundang reaksi negatif daripada orang ramai.