PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan, susulan kekosongan luar jangka kerusi N43 berkenaan, kata pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata walaupun BN adalah 'underdog' di DUN itu namun ia tetap bersedia sekiranya diputuskan akan diadakan PRK di kawasan itu nanti.
Beliau berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tahun lepas membabitkan persaingan dua penjuru antara calon BN Ab Aziz Yusoff dan calon PAS dari parti Bersatu Mohd Azizi Abu Naim, yang menyaksikan Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi.
"Oleh kerana kekalahan kita hanya lebih sedikit 800, kita fikir bahawa kalau ada pun pilihan raya kecil maka pastinya kawasan ini kita adalah underdog, namun kita juga harus hormat, perkara ini telah dibawa ke mahkamah," katanya dan menambah apa sahaja keputusan mahkamah, ia harus dihormati oleh semua pihak.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian semasa mengulas perkembangan PRK DUN Nenggiri, selepas mengadakan pertemuan khas dengan peserta dan penganjur Mid Season Cup MLBB 2024 - Moonton Games Malaysia di sini hari ini.
Ditanya sama ada BN akan mencalonkan semula Mohd Azizi sebagai calon BN bagi PRK itu kelak memandangkan beliau kini memihak kepada Kerajaan Perpaduan, Ahmad Zahid berkata perkara itu boleh dirunding.
"Boleh dirundingkan, dan saya fikir pendirian kami ialah di mana-mana tempat yang ada pilihan raya kecil, penyandang itu jika datang daripada parti komponen dalam Kerajaan Madani ini, kita berikan keutamaan," katanya.
Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini mengesahkan kerusi DUN kosong bermula 19 Jun dan menyatakan keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.
Mohd Azizi hari ini dilaporkan melantik peguam bagi mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan berhubung pengosongan kerusi DUN itu, dan peguamnya akan memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Ahad ini, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oula akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Nenggiri pada 28 Jun ini.
Sementara itu merujuk kepada PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini, Ahmad Zahid menzahirkan kepercayaan bahawa lebih 5,000 ahli UMNO di DUN itu akan menyokong calon Pakatan Harapan (PH).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
![BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718957976_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini. - Foto Bernama
![Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719794483_sesat.jpg)
Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat
Pihak JBPM Selangor menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.19 malam.
National Rally mendahului pilihan raya awal Perancis
Parti haluan kanan RN, diterajui Marine Le Pen, mendahului pusingan pertama pilihan raya awal Perancis, berdasarkan tinjauan pendapat. Le Pen sifatkan keputusan sebagai suara demokrasi.
Netanyahu ikrar teruskan perang hingga Hamas dihapuskan
Perdana Menteri Israel, Netanyahu berikrar menghapuskan Hamas sepenuhnya, menuduh mereka sebagai penghalang pembebasan tebusan di Gaza.
![National Rally dahului pilihan raya awal Perancis National Rally dahului pilihan raya awal Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719787084_MarineLePen.jpg)
National Rally dahului pilihan raya awal Perancis
Le Pen dalam reaksinya sifatkan keputusan itu sebagai suara demokrasi dan mendakwa kem Presiden Emmanuel Macron tewas sepenuhnya.
![Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715297891_BenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus
Beliau juga menuduh Hamas sebagai satu-satunya halangan kepada pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza.
![MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621907220_mattalogo.jpg)
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
![Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719788564_banjir.jpg)
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
![Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719790576_BanjirSabah.jpg)
Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui
Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.
![Banjir kini landa Kota Kinabalu Banjir kini landa Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719789801_banjir.jpg)
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.
![Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat, isu tersebut akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan.
![PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719645635_DatukSeriDrZambry.jpg)
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
![BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718957976_ZahidHamidi.jpg)
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
![PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715440436_TBCALONDAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717859600_TBZAMBRY.jpg)
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
![UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717839889_JohariAbdulGhani.jpg)
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
![PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717751439_DrZambryAbdulKadi.jpg)
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
![BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717216556_JubliemasBN.jpg)
BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry
Zambry berkata kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
![Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50 Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717209864_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
![Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068671_AhmadMaslan.jpg)
Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.
![PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716291295_TBZAHIDPUTRAJAYA.jpg)
PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH
BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.