Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi memperluaskan liputan dan meningkatkan kualiti jalur lebar di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu-isu penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi.
"Bagi penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar, kerajaan fokus kepada menambahbaik liputan 3G melalui pembinaan menara komunikasi dan penaiktarafan menara sedia ada melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Bagi liputan jalur lebar mudah alih 4G, katanya, peluasan liputan sedang giat dilaksanakan dengan tumpuan di bandar-bandar utama, pertengahan dan kecil.
"Setakat ini, liputan populasi 4G ialah sebanyak 63 peratus dan usaha ini akan diperluaskan termasuk ke kawasan luar bandar secara berperingkat sehingga tahun 2020," katanya.
Berkenaan isu monopoli yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai), Salleh berkata isu itu tidak berbangkit kerana mana-mana pihak yang berkelayakan boleh memohon mendapatkan lesen untuk membekalkan perkhidmatan.
Mengenai isu projek jalur lebar berkelajuan tinggi, beliau berkata pelaksanaan penyediaan infrastruktur untuk jalur lebar negara telah masuk kepada Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB 2) dan dijangka siap tahun depan melibatkan 500,000 premis.
Selain daripada itu, katanya, kerajaan juga sedang melaksanakan projek Jalur Lebar Untuk Orang Ramai (BBGP) yang dijangka siap pada tahun depan melibatkan tujuh sambungan kabel gentian fiber optik sepanjang 170km.
"Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) pula telah bermula pada tahun 2015 dan tempoh pelaksanaan projek ini adalah sehingga tahun 2019. Ia meliputi kawasan pinggir bandar yang telah dikenal pasti melibatkan pemasangan di sebanyak 252,000 premis di seluruh negara," katanya.
Dalam pada itu, Salleh berkata SKMM telah melancarkan inisiatif bersama pihak Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) bagi menyediakan Aplikasi Kawalan Ibu-Bapa bagi membolehkan mereka memantau dan menyaring secara kawalan kendiri kandungan yang diakses oleh anak-anak mereka.
Mengenai isu pengawal seliaan aktiviti perjudian secara dalam talian, katanya, pihak ISP telah menyediakan sistem tapisan bagi menyekat penghantaran SMS yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.
"Ini dapat dilihat dengan pengurangan aduan yang diterima oleh SKMM daripada 194 aduan pada bulan Mac kepada 40 aduan pada bulan September lepas," katanya. --BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016
![SKMM sedia RM1 bilion perluas liputan jalur lebar SKMM sedia RM1 bilion perluas liputan jalur lebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61443548905_Broadband.jpg)
Kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu-isu penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi. - Gambar hiasan
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715684184_TBHAJI.jpg)
Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci
Antara penambahbaikan ialah pemasangan lebih 6,200 menara komunikasi di seluruh Mekah dan Madinah mewakili peningkatan 74 peratus berbanding 2019.
![SKMM sedia RM1 bilion perluas liputan jalur lebar SKMM sedia RM1 bilion perluas liputan jalur lebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61443548905_Broadband.jpg)
SKMM sedia RM1 bilion perluas liputan jalur lebar
SKMM akan peruntukkan sejumlah RM1 bilion bagi perluaskan liputan dan meningkatkan kualiti jalur lebar di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar.