Siri rundingan dan pertemuan yang dibuat oleh pemimpin Indonesia dan Malaysia, warga Indonesia, Siti Aisyah, akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna H. Laoly dalam sidang media pada Isnin sebaik sahaja gadis berusia 26 tahun itu dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Beliau berkata, usaha berkenaan termasuklah pertemuan antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Ogos tahun lalu.
“Seluruh pihak dari Indonesia yang terlibat memohon pembebasan dakwaan yang cukup serius terhadap Siti Aisyah dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.
BACA: Pembunuhan Kim Jong-Nam: Siti Aisyah dilepas tanpa bebas
“Kita faham prosedur dan mekanisme hukuman yang harus dilakukan oleh pemerintah Malaysia,” katanya, di sini hari ini.
BACA: Pembunuhan Kim Jong-Nam; Ucapan pertama Siti Aisyah selepas dibebaskan
Selain itu, Yasonna berkata beliau turut membuat pertemuan dengan Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagi membuat permohonan yang sama.
Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan bila dan di mana pertemuan itu dibuat.
Sementara memetik laporan media Indonesia, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata, kejayaan Indonesia membebaskan wanita itu adalah komitmen Jokowi memastikan kehadiran kerajaan dalam membantu rakyat Indonesia yang berdepan masalah di luar negara.
“Permintaan itu selaras dengan arahan Presiden Indonesia setelah penyelarasan dibuat antara Menteri Hukum dan Hak Aasasi Manusia, Menteri Luar, Ketua Polis, Peguam Negara dan Ketua Risikan Indonesia,” kata Rusdi seperti dilapor portal Detik News.
Media tempatan melaporkan, Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan membebaskan Siti Aisyah selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan menerima arahan untuk tidak meneruskan kes terhadap beliau.
Siti Aisyah dan seorang warga Vietnam, Thi Huong, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, membunuh Kim Jong-nam, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi 13 Februari 2017.
Jong-nam didakwa dibunuh dengan senjata kimia maut iaitu agen saraf VX.