SEMPORNA: Kementerian Pertahanan akan membuat penambahan sistem radar di pantai timur Sabah bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan laut negara.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata perkara itu sememangnya antara beberapa perkara yang akan diselesaikan melalui bajet kementerian itu pada tahun ini.
"Keperluan (radar) itu ada, kita juga akan melihat pos-pos pengoperasian dan peningkatan kepada sistem radar, kita juga akan memastikan bahawa kita dapat memenuhi keperluan sama ada dikehendaki tentera darat, tentera udara termasuk Angkatan Tugas Bersama (ATB 2)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Adly memulakan lawatan kerja lima hari ke Sabah bagi meninjau kawasan operasi serta kem dan pangkalan tentera di pantai timur Sabah bermula semalam.
Menurut Adly, bajet kementerian itu pada tahun ini antaranya memberi keutamaan kepada keperluan pantai timur Sabah, di samping peningkatan pos-pos kawalan sempadan Sabah dan Sarawak.
"Banyak aspek Sabah yang kita beri keutamaan, kita tertumpu dengan kedaulatan negara tetapi juga terkait dengan pembangunan ekonomi dan sektor pelancongan," katanya.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan Adly turut menerima taklimat daripada Malaysia Maritime Command Centre berkenaan Trilateral Cooperation Arrangement iaitu kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Ia mengenai operasi rondaan termasuk pewujudan hotline komunikasi untuk memudahkan koordinasi semasa situasi kecemasan serta ancaman keselamatan di Area of Maritime Interest (AMI) melibatkan kawasan Laut Sulu serta Laut Sulawesi.
Kenyataan itu turut memberitahu projek rumah keluarga Angkatan tentera (RKAT) ATB 2 di Kem Kukusan, Tawau dengan pembinaan 144 unit rumah sejak 2021 dijangka siap pada Julai tahun ini.
Di samping itu, katanya terdapat beberapa projek pembangunan kementerian yang sedang dilaksanakan di pantai timur Sabah antaranya pembinaan kem tentera darat di Felda Sahabat, Lahad Datu dan pembinaan RKAT tambahan pelbagai kelas sebanyak 187 unit di Kem Kabota, Tawau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Adly Zahari berkata perkara itu sememangnya antara perkara yang akan diselesaikan melalui bajet Kementerian Pertahanan pada tahun ini. - Bernama
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Kematian pelajar Tingkatan Dua itu tiada kaitan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.
Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.