SHAH ALAM: Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) hanya perlu mengisi enam daripada 55 medan data bagi melengkapkan e-Invois dan maklumat lain akan dipraisi secara automatik.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, dalam tempoh satu tahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois pada 1 Julai 2025, pihaknya akan mengambil pendekatan secara aktif dalam menjalankan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, LHDN akan turut menyediakan platform, tutorial bimbingan dan panduan pengguna bagi membantu PMKS menggunakan Portal MyInvois.
“Pegawai LHDN di peringkat negeri juga akan turun padang dan mengadakan bengkel dan taklimat di seluruh negara bagi memberi bimbingan dan penjelasan berhubung pelaksanaan e-Invois kepada PMKS,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu mengulas dakwaan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkenaan pelaksanaan e-Invois akan menyusahkan usahawan dan peniaga kecil kerana mereka perlu mengisi 55 medan data bagi melengkapkan e-Invois.
Jelas kenyataan itu lagi, bagi membantu dan memudahkan pengemukaan e-Invois ini, LHDN menyediakan Portal MyInvois serta Sistem Point of Sales (POS) yang boleh digunakan secara percuma oleh PMKS untuk semua transaksi termasuk sebarang pindaan.
“Pada peringkat awal pelaksanaan e-Invois kepada PMKS, PMKS tidak perlu mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan tetapi dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan, iaitu e-Invois yang menggabungkan semua transaksi jualan PMKS setiap bulan dan hanya perlu dikemukakan kepada pihak HASiL dalam tempoh tujuh hari pertama bulan berikutnya,” kata kenyataan itu,
Dalam pada itu, LHDN turut menjelaskan bahawa pelaksanaan e-Invois bagi PMKS adalah mulai 1 Julai 2025 dan bukan pada 1 Ogos 2024.
“Pelaksanaan fasa pertama e-Invois pada 1 Ogos 2024 hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM 100 juta dan tiada keperluan pada masa ini untuk syarikat dalam fasa pertama mendapatkan e-Invois daripada PMKS bagi tujuan tuntutan perbelanjaan.
“PMKS boleh meneruskan perniagaan seperti amalan biasa dan tidak perlu mengeluarkan e-Invois mulai 1 Ogos 2024 ini,” katanya.
Berkenaan dengan dakwaan Ka Siong bahawa data berpusat e-Invois ini bakal menjadi sasaran penggodam, LHDN ingin menegaskan bahawa kerahsiaan, privasi dan perlindungan data pembayar cukai adalah menjadi keutamaan dalam semua urusan percukaian mahupun e-Invois.
“LHDN mematuhi piawaian antarabangsa melalui pensijilan ISO/IEC 27001; Information Security Management System (ISMS), ISO 223001; Business Continuity Management System (BCMS) dan lain-lain piawaian berkaitan.
“LHDN menjalankan Security Posture Assessment (SPA) secara berkala dengan pihak ketiga yang dilantik termasuklah sentiasa bekerjasama dengan pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan sistem MyInvois berada pada tahap optimum serta mengatasi risiko ancaman penggodam,” jelas kenyataan itu.
Mengenai penalti bagi ketidakpatuhan pelaksanaan e-Invois, LHDN menjelaskan bahawa kadar penalti minimum yang boleh dikenakan adalah RM200 sehingga kadar maksimum RM20,000 dan pengenaan penalti adalah bergantung kepada setiap fakta kes.
“Walau bagaimanapun, LHDN akan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada PMKS apabila bermulanya pelaksanaan penuh e-Invois nanti,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 22 2024

LHDN mengeluarkan kenyataan mengulas dakwaan Wee bahawa pelaksanaan e-Invois akan menyusahkan usahawan dan peniaga kecil kerana mereka perlu mengisi 55 medan data bagi melengkapkannya.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.

E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, LHDN memperuntukkan dana yang besar dalam membangunkan sistem itu.

LHDN bangunkan portal MyInvois mudahkan pelaksanaan e-invois pembayar cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan Portal MyInvois sebagai mekanisme penghantaran e-Invois secara percuma bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai.

Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.

E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.

MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini
MITI menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.

Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.

E-invois, TIN tangani ketirisan hasil, kurangkan saiz ekonomi bayangan - Ahmad Maslan
Kerajaan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois untuk mengatasi ketirisan hasil dan mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Belanjawan 2024: Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatori
Kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

E-invois akan dilaksanakan pada separuh pertama 2024 - LHDN
E-invois akan menyelaras dan meningkatkan sistem percukaian negara, menggalakkan ketelusan dan memberikan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat.