JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat yang beroperasi di Batu Pahat, Johor mengalami kerugian RM1.9 juta selepas sistem akaun syarikat itu diceroboh, menyebabkan berlaku pemindahan keluar wang syarikat kepada pihak tidak dikenali.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan akauntan syarikat itu pada 6.34 petang, 28 Mac lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati syarikat itu menggunakan kaedah pembayaran pukal (bulk payment) daripada sebuah bank tempatan untuk membuat bayaran kepada pembekal-pembekal secara bulanan.
"Melalui kaedah tersebut pihak syarikat akan mendaftarkan nama, nombor akaun syarikat pembekal dan jumlah pembayaran yang perlu dibuat di dalam sistem tersebut.
"Dengan itu, pada setiap bulan syarikat akan memasukkan nilai bayaran sahaja tanpa mengubah apa-apa data pada nama syarikat penerima dan nombor akaun dan akan klik pada sistem tersebut untuk dihantar kepada pihak bank untuk pembayaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata pada 27 Mac lepas pengadu telah membuat semakan penerima pembayaran pukal itu dan mendapati terdapat 10 transaksi pembayaran kepada 10 syarikat yang telah diubah kepada pihak lain yang tidak dikenali.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kamarul Zaman turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan pembayaran secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan akauntan syarikat itu pada 6.34 petang, 28 Mac lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Polis kesan lelaki hilang, temui kereta di kebun kelapa sawit
Lelaki berusia 43 tahun itu yang dikenali sebagai Edwin Soo Seng Kok juga gagal dihubungi ahli keluarga yang melaporkan kehilangannya itu.

Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.

Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.

Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.

Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.

Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.