SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah sisa buangan bahan makanan terutama ketika Ramadan yang bakal disambut bulan depan.
Pengerusinya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, ia berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan sektor ekonomi boleh beroperasi tanpa sekatan termasuk penganjuran semula bazar Ramadan selepas dua tahun ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya susulan COVID-19.
"Kita pasti ada peningkatan sebab sebelum ini kita terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan, jadi bazar Ramadan pun ada sekatan tertentu termasuk dari segi jumlah gerai dan sebagainya, tahun ini kita boleh buka macam biasa.
"Saya yakin keghairahan orang ramai untuk menyambut bulan puasa dan raya tahun ini sebab dah dua tahun tak dapat, jadi kita lihat kemungkinan pembaziran itu boleh berlaku," katanya kepada pemberita selepas program Blueprint Negeri Sembilan Bersih-SWCorp Bersamamu Nogoriku Rumahku yang dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata SWCorp telah merancang pelbagai kempen dan program kesedaran sempena Ramadan bagi mengelakkan orang ramai membuat pembaziran makanan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penganjur bazar Ramadan.
Beliau berkata sekiranya pembaziran makanan dapat dikurangkan, secara tidak langsung jumlah pelupusan sampah juga dikurangkan lebih-lebih lagi bahan makanan menyumbang kepada 40 peratus daripada keseluruhan sisa buangan di tapak pelupusan sampah di seluruh negara.
Bagaimanapun, Rizalman berkata tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mengelakkan pembaziran juga sudah semakin baik antara lain menerusi pelbagai kempen kesedaran yang dilaksanakan secara berterusan.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata pelaksanaan Blueprint Negeri Sembilan Bersih merupakan pengiktirafan sekali gus menzahirkan komitmen dalam memastikan negeri berada pada landasan tepat bagi mencapai Negeri Sembilan bersih dan selesa dilawati pengunjung.
Blueprint Negeri Sembilan bertujuan membawa masyarakat secara bersama mencapai visi menjadikan negeri bersih, indah dan sejahtera melalui beberapa agenda termasuk meningkatkan kualiti pekerja operasi berkemahiran dan penyertaan KITARecycle.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata cadangan untuk menaikkan denda RM500,000 ketika ini kepada RM2 juta terhadap individu yang melepaskan sisa buangan ke perairan daratan dilihat relevan berikutan ia memberi kesan kepada ekosistem dan menjejaskan bekalan air bersih.
"Kita lihat puncanya inginkan keuntungan segera, tak mahu hantar ke pusat pelupusan sebenar sehingga akhirnya air tercemar dan beri kesan bukan sahaja kepada orang tua malah kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Kita mampu bersama-sama berusaha mengurangkan tabiat pembuangan sisa buangan makanan dan pepejal berlebihan sepanjang bulan Ramadan nanti. - Gambar hiasan
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.
Guru cipta sabun guna minyak masak terpakai
Hanya menggunakan minyak masak terpakai dan dua lagi barang asas, seorang guru Bahasa Melayu SK Seberang Tayor, Kemaman, berjaya menghasilkan sabun serba guna yang mampu menjana pendapatan sampingan.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Sisa pepejal di Pahang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis data tahun sebelumnya.
KPKT tegas batal lesen peniaga buang sisa pepejal di sungai
Mana-mana peniaga yang didapati membuang sisa pepejal di sungai bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka dibatalkan serta-merta.
Majlis Ekonomi Kitaran Nasional sisa pepejal percepat agenda ekonomi kitaran
Majlis Ekonomi Kitaran Nasional (NCEC) bagi sisa pepejal ditubuhkan bagi mempercepat agenda peralihan pengurusan sisa pepejal.
SWM tumpu operasi khas di 89 lokasi hotspot, elak longgokan sampah tidak terkawal
Lokasi yang dikenal pasti ialah di Melaka Tengah (53 lokasi), Alor Gajah (15 lokasi) dan Jasin (21 lokasi).
Kitar semula: Mulakan dengan amalan kecil
Penting bagi rakyat Malaysia mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke dalam tong sampah dan mengamalkan kitar semula setakat yang mampu.
Proses pengambilan tanah bina WTE di Melaka di peringkat akhir - Exco
Pembinaan insinerator itu perlu disegerakan berikutan tapak pelupusan sampah berkenaan dijangka mencapai tahap kapasiti maksimum.
Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pepejal masih rendah - SWCorp
38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari ketika ini.