SECARA purata, saban hari setiap rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 1.17 kilogram sisa pepejal atau keseluruhan 36,699 tan.
Berdasarkan data 2022 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu, majoriti sampah terbabit berakhir di tapak pelupusan, walhal ada antaranya yang boleh dikitar semula.
Keadaan ini bukan sahaja satu kerugian kerana bahan kitar semula tersebut ada nilainya, tetapi turut memberi tekanan kepada hayat tapak pelupusan, yang menurut SWCorp, hanya mampu bertahan sekitar 25 tahun sahaja lagi.
"Benar, kami ada banyak tapak pelupusan, tetapi seiring pertambahan populasi penduduk, jumlah sisa pepejal juga meningkat, justeru, hayat tapak pelupusan ini juga boleh menjadi lebih singkat.
"Oleh itu, amat penting bagi kita mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke dalam tong sampah dan mengamalkan kitar semula setakat yang kita mampu," kata Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Ummi Kalthum Shuib kepada Bernama.
Syarikat ini bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Perlis.
SASARAN 40 PERATUS MENJELANG 2025
Mengulas lanjut, Ummi Kalthum berkata amalan kitar semula mampu mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah keseluruhan sampah yang dibuang di tapak pelupusan selain menjimatkan kos pelupusan dan tempat longgokan.
"Setakat 2022, kadar kitar semula negara hanya 33.17 peratus," katanya, menambah di bawah Rancangan Malaysia ke-12, negara menyasarkan 40 peratus menjelang 2025.
Walaupun angka itu menunjukkan ada peningkatan berbanding 2021, yang mana menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara kadar kitar semula kebangsaan adalah 31.52 peratus, amnya ia masih belum memuaskan kerana kebanyakan negara maju mencatatkan sekurang-kurangnya 60 peratus.
Bagi meningkatkan kadar kitar semula, Ummi Kalthum berkata penyertaan setiap anggota masyarakat amat diperlukan, khususnya di peringkat domestik, dengan menjadikan amalan pengasingan sampah di rumah sebagai rutin harian.
Oleh sebab itu, SWCorp menerusi program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS), turun padang bagi mendidik komuniti agar mengasingkan sisa pepejal menggunakan tong berbeza, membudayakan amalan menghargai sisa sebagai sumber pendapatan dan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah.
"Program ini membantu penduduk, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membuat kompos daripada sisa makanan, mengasingkan sisa pepejal menerusi tong kitar semula serta menghantar barangan kitar semula ke pusat-pusat kitar semula melalui kaedah mata ganjaran serta kaedah Trash to Cash.
"Usaha ini bukan sahaja dapat melatih penduduk menguruskan sisa pepejal mereka secara sistematik, tetapi juga membantu mereka menjana pendapatan sampingan menerusi pengumpulan bahan kitar semula dan dijual ke pusat-pusat kitar semula, di samping membudayakan amalan kelestarian alam sekitar," katanya.
TRASH TO CASH
Ummi Kalthum berkata bagi menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk PPR, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengambil inisiatif menjalankan kempen pertukaran sampah kepada potongan sewa rumah melalui program '1Komuniti 1Kitar Semula' (1C1R).
Kaedah ini mampu meringankan beban penduduk PPR kerana melalui konsep sistem barter ini, penduduk dapat mengumpul mata ganjaran yang kemudian ditebus sebagai bayaran sewa rumah dan barangan keperluan lain, katanya.
Ujar beliau, selain PPR, pihaknya turut menubuhkan sebuah unit khas bagi memantau Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri dan kondominium dalam pelaksanaan program sama.
"Setakat ini, unit khas telah menjalankan pemantauan terhadap 175 daripada 1,743 JMB di seluruh Kuala Lumpur bagi memastikan mereka mematuhi Akta 672 iaitu menyediakan tempat pembuangan sampah serta mengasingkan sisa pepejal dan makanan mengikut kategori, di samping menyediakan tong khas untuk pengasingan sampah.
"Namun, hanya 36 JMB yang mematuhi akta itu dengan 35 di Kuala Lumpur dan satu di Putrajaya," katanya.
Menurut beliau, antara alasan yang diberikan oleh JMB yang gagal mematuhi akta itu ialah kekangan kewangan, tiada ruang serta tidak mendapat sokongan penduduk.
"Jika mereka tidak mematuhi Akta 672 iaitu mengasingkan sisa pepejal dan sampah sarap di kawasan mereka, mereka boleh dikenakan denda hingga RM1,000 setiap kali didapati bersalah," katanya.
ASINGKAN SAMPAH SARAP DI RUMAH
Tegas beliau, yang diperlukan oleh JMB terbabit ialah kemahuan.
"JMB boleh mengeluarkan wang sebagai pelaburan untuk membeli tong-tong kitar semula bagi menggalakkan penghuni mengasingkan sampah mengikut kategori di bilik sampah. Barang kitar semula ini kemudian dikumpul dan dijual kepada pihak ketiga atau terus dibawa ke pusat kitar semula,
"Secara tidak langsung, mereka sudah pulang modal pembelian tong sampah untuk pengasingan sampah tadi. Justeru, tiada lagi isu tidak cukup bajet untuk melakukan kitar semula 3R (Reduce, Reuse and Recycle)," tegas beliau.
Ummi Kalthum berkata amalan kitar semula dan mengasingkan sampah sarap harus bermula di rumah dengan ibu bapa menyediakan tong berasingan mengikut kategori sampah.
"Galakkan anak-anak mengasingkan sampah di rumah dan manfaatkan sampah yang boleh dikitar semula dengan menjadikannya kraf ataupun dijual kepada pihak ketiga.
"Jika anak-anak berjaya melakukan satu daripada amalan kitar semula di rumah, hasil jualan barang-barang kitar semula itu boleh diberi kepada mereka sebagai ganjaran.
"Guru-guru juga boleh menganjurkan pertandingan kitar semula di sekolah dengan menggalakkan murid-murid memanfaatkan bahan kitar semula bagi menghasilkan sesuatu yang berguna, seterusnya dijual kepada pihak ketiga untuk menjana pendapatan sekali gus dapat menyumbang kepada tabung sekolah," katanya.
PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU
Ummi Kalthum berkata pihaknya telah membuka dua Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) iaitu di Jalan Tiong Nam dan Jalan Bunus 6 yang beroperasi sejak 1 Mac lepas, bagi memudahkan penduduk di kawasan sekitar menghantar bahan-bahan terbuang yang boleh dikitar semula.
Selain itu, SWCorp juga akan bekerjasama dengan pasar raya di sekitar ibu kota bagi mewujudkan pusat kitar semula pandu lalu di tanah lapang bersebelahan premis beli-belah terbabit, memudahkan orang ramai yang mahu mengitar semula barangan terbuang mereka.
"Orang ramai boleh memulakan langkah mengitar semula dengan mengasingkan plastik, kertas, tin aluminium dan sisa makanan," katanya, menambah terdapat lebih 150 pusat kitar semula beroperasi di seluruh negara.
MULA DENGAN TINDAKAN KECIL
Sementara itu, koordinator program penjagaan sungai Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Dr K Kalithasan berpandangan penguatkuasaan undang-undang terhadap individu atau premis yang tidak mengasingkan sampah sarap mereka mengikut kategori semata-mata tidak berkesan jika kesedaran mengenai kitar semula tidak dipupuk sejak kecil.
"Kebanyakan orang tidak melakukan pengasingan sisa pepejal dan mengamalkan kitar semula di rumah kerana mereka mempunyai mentaliti bahawa kerja-kerja itu merupakan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Mereka beranggapan bahawa disebabkan mereka membayar cukai pintu kepada PBT, itu tanggungjawab PBT untuk mengasingkannya (sampah), buang sampah di merata tempat, itu tugas (dewan) bandar raya untuk membersihkannya," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, pemikiran sedemikian harus diubah dan ibu bapa perlu menjalankan peranan mereka dengan menggalakkan anak masing-masing mengamalkan kitar semula sejak kecil.
"Sama juga seperti membuang sisa plastik ke sungai. Jika ibu bapa tidak memberikan contoh yang baik, anak-anak akan terikut-ikut jejak langkah orang dewasa. Ini berterusan hingga ke generasi seterusnya, dan akibatnya sungai kita tercemar, hidupan air seperti ikan mati," katanya.
Kalithasan berkata pihaknya sentiasa mengadakan ceramah dan seminar tentang penjagaan sungai dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahaya sisa plastik yang dibuang ke dalam sungai atau longkang.
"Kami menerapkan kesedaran kepada masyarakat bahawa walau sekecil manapun tindakan mereka (dalam menjaga alam), impaknya amat besar terhadap alam sekitar.
"Oleh itu, kami amat menggalakkan mereka untuk bermula dengan tindakan mudah dahulu dengan membuang sampah ke tempat yang disediakan sebelum mengasingkannya mengikut kategori," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Penting bagi rakyat Malaysia mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke dalam tong sampah dan pada masa sama mengamalkan kitar semula setakat yang mampu. - Gambar hiasan
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Rancangan Jepun kitar semula tanah radioaktif selamat - IAEA
Rancangan Jepun untuk mengitar semula dan melupuskan tanah radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima-1 (NPP) mematuhi piawaian keselamatan, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Botswana alami ledakan kitar semula, pengumpulan sisa buangan jadi perniagaan menguntungkan
Hilang pekerjaan pada 2021 membuatkan Stella Mokone, seorang ibu tunggal kepada tiga anak di Francistown, bandar kedua terbesar di Botswana beralih kepada mengutip dan menjual sampah untuk menyara keh
KPKT lancar perancangan ekonomi kitaran, majukan pengurusan sisa pepejal
Nga berkata pelan tindakan itu akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kitaran sisa pepejal menerusi lima paksi utama.
Petron, Klean kerjasama sediakan mesin kitar semula berasaskan AI pertama di Malaysia
Pelanggan boleh mengitar semula bekas makanan plastik, botol PET dan tin aluminium serta mengumpul mata ganjaran melalui aplikasi.
KOSIS dapat sambutan, kadar penerimaan barangan kitar semula meningkat
Sebanyak 15,429 transaksi barangan kitar semula diterima setakat Ogos lepas, berbanding 9,769 transaksi pada tempoh sama 2022.
Qatar kitar semula barangan promosi Piala Dunia FIFA
Sejumlah 173 tan barangan promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dikitar semula oleh sebuah syarikat Arab Saudi, menurut Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Legasi (SC) Qatar pada Ahad.
Raja Permaisuri Agong titah PPPM teroka peluang perniagaan bahan kitar semula
Raja Permaisuri Agong bertitah agar Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) meneroka peluang perniagaan baharu termasuklah daripada bahan kitar semula.
Bilas, kitar semula bekas pembungkus makanan dari bazar Ramadan- SWM Environment
SWM Environment menyeru orang ramai untuk membilas dan mengitar semula bekas plastik yang menjadi bahan pembungkus makanan dan minuman di bazar Ramadan.