Beliau berkata negeri itu perlu melaksanakan dan menerajui beberapa inisiatif, terutama dengan kerjasama organisasi luar, yang bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan selamat untuk semua.
"Kami percaya rumah, kedai dan jalan harus bersih, dan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Pulau Pinang, untuk mencapai matlamat ini, kami telah meningkatkan kadar kitar semula kami kepada 70 peratus menjelang 2030.
"Kami juga telah melaksanakan dasar 'Pengasingan Sisa di Sumber', untuk mengurangkan pengeluaran ke tapak pelupusan sampah dan pada masa yang sama, kami telah meningkatkan penglibatan kami dengan industri pengurusan sisa dan kitar semula swasta untuk mencapai sasaran kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kilang Shan Poornam Metals di Perai semalam.
Lawatan ke tapak operasi utama itu adalah bagi memahami peranan komprehensif pihak tersebut dalam pengurusan sisa pepejal industri.
Chow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad dan perkara itu boleh diselesaikan dengan usaha berterusan bersama pihak industri.
-- BERNAMA