BATU CAVES: Mana-mana peniaga yang didapati membuang sisa pepejal di sungai bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan dibatalkan serta-merta.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan, kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu berkenaan.
"Saya telah berbincang dengan Yang Dipertua (Majlis Perbandaran) dan wakil Datuk Bandar (Kuala Lumpur) iaitu untuk peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), kita memberi komitmen sekiranya ada peniaga yang ditangkap membuang sampah atau membuat pencemaran ke anak sungai, kita tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan mereka.
"Untuk di Selayang, Majlis Perbandaran Selayang telah memberi komitmen sama bagi mengelakkan aktiviti pencemaran sungai... cuma kawasan ini kependudukannya agak padat, malah difahamkan kawasan domestik ini meliputi tiga kilometer (km) sepanjang anak sungai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau isu pembuangan sampah di Pasar Borong Selayang, di sini pada Isnin.
Turut hadir, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah menjelaskan, di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), beberapa isu termasuk dari segi pengurusan terutama di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur antara yang diberikan tumpuan.
Susulan lawatan Nik Nazmi baru-baru ini ke Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang, katanya, semakan mendapati dari segi operasi oleh syarikat konsesi Alam Flora, kerja-kerja kutipan sampah dibuat seperti mana ditetapkan setiap hari di kawasan pasar.
"Berdasarkan pemerhatian, KPKT juga mendapati ada kemungkinan sisa pepejal atau bahan buangan yang terdapat dalam sungai adalah buangan domestik.
"Satu lagi sudut yang kita teliti adalah kawasan penjaja atau peniaga yang terletak di luar kawasan pasar. Ini juga titik pertemuan antara kawasan (di bawah bidang kuasa) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya.
Astro Awani
Mon Nov 06 2023

Akmal Nasrullah menegaskan, kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu berkenaan. - Foto fail/ Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPKT tegas batal lesen peniaga buang sisa pepejal di sungai
Mana-mana peniaga yang didapati membuang sisa pepejal di sungai bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka dibatalkan serta-merta.

Etnik Rohingya didakwa kembali 'jajah' Pasar Borong Selayang
Kebanjiran warga Rohingya di pasar borong Selayang bukan satu isu baharu malahan ia difahamkan berlaku sejak bertahun yang lalu.

Polis siasat dakwaan tahanan Rohingya larikan diri datang ke Pasar Borong KL, Selayang
Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan kehadiran kira-kira 60 orang tahanan Rohingya yang melarikan diri daripada tahanan, di Pasar Borong KL dan Selayang.

Polis jejak tahanan Rohingya lari dari depot imigresen di Pasar Borong Selayang
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas.

Norma baharu pengurusan pekerja asing pasca COVID-19
Tidak terancangnya penempatan pekerja asing ini telah membawa kepada masalah yang lebih besar kepada Malaysia. Golongan pekerja asing telah berjaya membina koloni-koloni negara masing-masing.

1,368 PATI ditahan di Pasar Borong Selayang
Kesemua PATI ditahan atas pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan memiliki dokumen (pas/permit) palsu.

COVID-19: Pasar Besar Seremban diarah tutup
Pasar Besar Seremban diarah tutup sementara selepas dua peniaga di pasar berkenaan disahkan positif COVID-19.

PKPD: Beberapa kedai runcit dibenarkan beroperasi di Pusat Bandar Utara
Semua kedai runcit tersebut beroperasi bermula Khamis dan waktu perniagaan ditetapkan adalah jam 10 pagi sehingga 5 petang sahaja.

PKPD: DBKL, JKM diarah selesaikan isu agihan makanan di Pusat Bandar Utara hari ini
Penghuni di PKPD Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan Pasar Borong KL untuk menghubungi pusat operasi jika ada apa jua isu atau permasalahan.

Selagi tiada vaksin, jangan berhenti perangi COVID-19, patuhi PKP
Perkembangan ini jelas menunjukkan petugas barisan hadapan kesihatan dan penguat kuasa telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.