KUALA LUMPUR: Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan kehadiran kira-kira 60 orang tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang, pada April lepas berada di Pasar Selayang dan Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya akan mengambil tindakan yang bersesuaian seperti menjalankan sekatan jalan raya (SJR) sekiranya terdapat bukti kukuh tahanan berkenaan berada di kawasan itu.
Beliau berkata ketika ini polis dan Jabatan Imigresen sedang bermesyuarat bersama mengenai 60 tahanan Rohingya yang dipercayai masih bebas itu.
"Sekiranya ada maklumat tertentu, kami (Jabatan Imigresen) akan membuat tangkapan dan kami sememangnya telah bersedia. Ketika ini, polis sedang menunggu arahan dari Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya di Dataran Dinamik Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju, di sini hari ini.
Azmi berkata sebelum ini pihaknya telah menjalankan SJR susulan terdapat dakwaan kumpulan berkenaan pergi ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan perlindungan.
"Kita juga ada melakukan risikan namun operasi berkenaan telah dihentikan," katanya.
Pada April lepas, dilaporkan sebanyak 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan sementara itu dan baru-baru ini kelibat mereka didakwa dikesan di sekitar Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini kes amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur di Kuala Lumpur dan Selangor oleh jurulatih wusyu di sebuah akademi di Cheras, di sini, Azmi berkata kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.
"Kes berkenaan sudah dirujuk ke Bukit Aman dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Pada 23 Mei lepas, polis menahan seorang jurulatih wusyu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.
Suspek berusia 30-an yang bertugas di sebuah akademi wusyu di Cheras, di sini juga pernah ditahan polis daerah Kajang atas tuduhan sama baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Pada April lepas, 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Sungai Bakap dengan sebahagian besar berjaya ditahan semula. - Gambar fail/ PDRM

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Polis siasat dakwaan tahanan Rohingya larikan diri datang ke Pasar Borong KL, Selayang
Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan kehadiran kira-kira 60 orang tahanan Rohingya yang melarikan diri daripada tahanan, di Pasar Borong KL dan Selayang.

Polis jejak tahanan Rohingya lari dari depot imigresen di Pasar Borong Selayang
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas.

Lebih 24 jam lolos, tahanan Rohingya dijangka serah diri akibat kelaparan
Polis tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi Rabu akan menyerah diri dalam masa terdekat.