MELAKA: Proses pengambilan tanah seluas 28.28 hektar bagi membangunkan sebuah loji Sisa Ke Tenaga (WTE) atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini kini di peringkat akhir.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata pembinaan insinerator itu perlu disegerakan berikutan tapak pelupusan sampah berkenaan dijangka mencapai tahap kapasiti maksimum menjelang April 2024.
Beliau berkata pembinaan insinerator berkenaan dijangka dapat disiapkan pada 2026 dan Melaka menjadi negeri pertama di Malaysia mengguna pakai teknologi terkini dan hijau dalam aspek pengurusan sisa pepejal.
"Ada beberapa perkara masih belum selesai termasuk proses pembayaran pengambilan tanah berkenaan namun ia dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.
"Pada Isnin ini, saya akan adakan satu mesyuarat bersama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan proses pembayaran kepada pemilik tanah dapat disegerakan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Kemuncak Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 Bagi Mendapatkan Pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Rizalman Mokhtar.
Zaidi berkata pada tahun lepas sebanyak 346,750 tan sampah telah dihantar ke tapak pelupusan di Sungai Udang itu dengan kos pelupusan sebanyak RM12.6 juta.
"Setiap tahun jumlah janaan sampah akan meningkat selari dengan pertambahan populasi penduduk di negeri Melaka, menyebabkan tapak pelupusan sedia ada tidak dapat bertahan lama," katanya.
Beliau berkata berdasarkan hasil kajian komposisi sisa 2021 yang telah dijalankan SWCorp di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang mendapati sebanyak empat peratus atau 13 tan daripada keseluruhan sisa pepejal dijana rakyat Melaka di tapak pelupusan berkenaan terdiri daripada sisa fabrik.
Sebagai antara langkah penyelesaian jelasnya, sebuah pusat pengumpulan sisa fabrik dikendalikan syarikat pemprosesan sisa fabrik yang berpangkalan di Klang, Selangor akan dibuka di daerah Melaka Tengah pada hujung tahun ini bagi memudahkan usaha pengumpulan barangan berkenaan.
Terdahulu pada majlis itu, Zaidi mewakili kerajaan negeri Melaka menerima pengiktirafan daripada MBOR bagi kategori Kutipan Barangan Fabrik Kitar Semula Terbesar dalam Sehari dengan jumlah kutipan sebanyak 56,000 kilogram yang disampaikan Perunding Rekod Kanan MBOR Siti Hajar Johor.
Menerusi kempen kutipan sisa fabrik yang berlangsung selama 24 jam bermula semalam itu, sebanyak 60 pusat pengumpulan telah diwujudkan bagi membolehkan rakyat Melaka menghantar sisa fabrik mereka terdiri daripada pakaian terpakai, langsir, mainan lembut, kasut, cadar dan beg.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan (dua, kiri) menunjukkan sebahagian sisa fabrik yang berjaya dikumpulkan bagi mendapatkan pengiktirafan MBOR. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP
Sepuluh bangkai kucing yang ditemukan berbungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong didapati dibuang oleh SPCA Pulau Pinang.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.

Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming
Kos untuk membina loji WTE amat tinggi, maka kerajaan akan memastikan sekiranya projek itu berjalan, ia akan beri pulangan yang baik kepada negara.

Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi
Tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini sekali lagi terbakar selepas kejadian kali pertama berlaku pada pertengahan Mei lalu.

Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.

Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.

Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.

Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.