CHUKAI: Hanya menggunakan minyak masak terpakai dan dua lagi barang asas, seorang guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Tayor, Kemaman, di sini berjaya menghasilkan sabun serba guna yang mampu menjana pendapatan sampingan.
Nor Halimah Sa'diah Awang@Abdullah, 50, berkata dia mula menghasilkan sabun tersebut tiga tahun lepas untuk pelbagai kegunaan termasuk mencuci pinggan mangkuk, pakaian dan badan.
Bagaimanapun, pada peringkat awal dia hanya menggunakan sabun tersebut untuk kegunaan sendiri dan keluarga.
"Sabun ini hanya menggunakan minyak terpakai, air dan sodium hydroxide. Ia tidak perlu dimasak hanya dikacau hingga larut menggunakan pengisar tangan dan dituang ke dalam bekas yang dikehendaki.
"Bagaimanapun, ia perlu direhatkan selama empat minggu untuk benar-benar selamat sebelum boleh digunakan sama ada sebagai sabun mandi, cuci pinggan mahupun basuh baju," katanya ketika ditemui pada Bengkel Peningkatan Kemahiran Kitar Semula Minyak Masak anjuran Petronas dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini.
Guru Bahasa Melayu itu berkata dia terdorong untuk menghasilkan inovasi tersebut selepas terlibat aktif dengan program kitar semula sejak 2012.
Menurutnya amalan kitar semula termasuk minyak masak terpakai bukan sahaja mampu mengurangkan pengeluaran sisa buangan kepada alam sekitar malah menjana pendapatan sampingan untuk masyarakat.
Walaupun tidak diuji secara klinikal, dia percaya sabun serba guna buatannya itu tidak memudaratkan pengguna kerana ia mengandungi gliserin semulajadi yang lembut pada kulit.
"Pada awalnya memang sukar untuk meyakinkan orang ramai untuk menggunakan sabun ini kerana ia diperbuat daripada minyak masak terpakai tetapi selepas penerangan terperinci dan mencuba sendiri, ramai yang berminat membelinya.
"Setakat ini saya hanya mampu hasilkan dalam 15 kilogram sabun sebulan dan dijual hanya kepada peniaga kedai makan serta kedai runcit kerana kekangan masa," katanya yang juga aktif menganjurkan bengkel untuk pelajar sekolah.
Sementara itu, Pengurus Kanan Pejabat Petronas Wilayah Timur Mohd Munawir Mahdun berkata Bengkel Peningkatan Kemahiran Kitar Semula Minyak Masak antara aktiviti di bawah projek rintis impak sosial Petronas dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia dan Majlis Perbandaran Kemaman.
Menurutnya sebanyak 40 suri rumah terpilih menyertai program itu yang bertujuan menjana pendapatan sampingan untuk masyarakat setempat terutama daripada golongan B40.
"Selain menjana pendapatan, kita harap kesedaran masyarakat terhadap amalan pengurusan sisa pepejal yang betul dan sistematik juga dapat ditingkatkan.
"Amalan kitar semula perlu diterapkan di semua peringkat usia dan lapisan masyarakat supaya kelestarian alam dapat dijaga," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Nor Halimah Sa'diah (tengah) memperkatakan sesuatu kepada peserta yang menyertai program inovasi sabun serbaguna yang dihasilkan menggunakan minyak masak terpakai semasa ditemui di Pusat 3R Chukai. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.

Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.

UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar
Fadzli berkata, dakwaan mengenai kemasukan "pintu belakang" pelajar ke universiti awam adalah tidak tepat dan sama sekali tidak berasas.