Dalam semangat kerjasama bilateral, Singapura bersetuju menarik balik pelaksanaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar manakala Malaysia pula menggantung penguatkuasaan kawasan larangan (RA) kekal ruang udara Pasir Gudang.
Persetujuan itu digariskan dalam kenyataan bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan rakan sejawatannya dari Singapura Khaw Boon Wan hari ini.
"Persetujuan ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa penerbangan kedua-dua negara semalam (5 April) pada 11.59 malam," demikian menurut kenyataan itu.
Selain itu, dengan perjanjian tersebut juga kedua-dua menteri mengalu-alukan operasi penerbangan Firefly Sdn Bhd di Lapangan Terbang Seletar berkuat kuasa bulan ini.
Kedua-dua menteri juga berkata sebuah jawatankuasa peringkat tinggi ditubuhkan bagi menyemak semula Surat Operasi Perjanjian di antara Pusat Kawalan Kawasan Kuala Lumpur dan Singapura berhubung Ketibaan, Pelepasan dan Lintas Udara Singapura 1974.
Menurut kenyataan itu, Loke dan Khaw yang mengalu-alukan langkah-langkah positif tersebut, berharap akan usaha-usaha seterusnya untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala kedua-dua negara.
Pertikaian berhubung ruang udara itu tercetus pada 23 Nov lepas apabila syarikat penerbangan Malaysia, Firefly berkata ia akan menggantung semua penerbangannya ke Singapura bermula 1 Dis, tarikh yang ia sepatutnya pindahkan operasi dari Lapangan Terbang Changi ke Lapangan Terbang Seletar.
Malaysia yang membantah tatacara pendaratan baharu ILS bagi Seletar mendakwa prosedur itu akan mengenakan had ketinggian dan menjejaskan pembangunan Pasir Gudang.
Pada 25 Dis, Malaysia menubuhkan RA kekal bagi tujuan aktiviti ketenteraan di ruang udara Pasir Gudang. Ini bermakna penerbangan dari mana-mana negara termasuk Malaysia perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Tentera Udara Diraja Malaysia untuk beroperasi dalam kawasan ketinggian antara 2,000 dan 5,000 kaki.
Malaysia membantah penggunaan ILS di Lapangan Terbang Seletar kerana pesawat yang dibimbing oleh sistem itu akan menceroboh ruang udara Malaysia. Lapangan terbang itu terletak hanya dua kilometer dari Pasir Gudang, Johor.
Persetujuan ini dicapai menjelang Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 yang dijadualkan pada Isnin dan Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2019

Persetujuan itu digariskan dalam kenyataan bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan rakan sejawatannya dari Singapura Khaw Boon Wan hari ini. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Peniaga roti canai dipenjara sebulan masuk Istana Negara tanpa kebenaran
Seorang peniaga roti canai dipenjara sebulan dan didenda RM500 kerana memasuki kawasan Istana Negara tanpa kebenaran.

Polis kesan individu terbangkan dron di istana Johor
Menerbangkan dron di kawasan larangan tanpa kebenaran seperti di istana dan lapangan terbang menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan 1959.

Awas! Perokok di kawasan larangan sedang diperhati
Beberapa individu tanpa segan silu menghisap rokok atau vape secara terbuka sedangkan terdapat poster dan tanda amaran 'dilarang merokok'.

Tangkap ikan di kawasan larangan, APMM tahan bot tunda kelas B, tiga kru
Tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia ketika rondaan di sekitar Perairan Pulau Sembilan.

Projek KL ATCC tidak diuruskan dengan cekap - Audit
Ia menyebabkan kerajaan menanggung kos yang sepatutnya ditanggung oleh kontraktor dan perunding.

Merokok di kawasan larangan antara kesalahan tertinggi dicatat di P. Pinang
Sebanyak 996 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan itu sepanjang operasi dijalankan bermula Januari sehingga 22 Mac.

Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.

Larangan masuk tapak pelupusan sampah berkuat kuasa serta-merta
Tapak pelupusan sampah itu sememangnya kawasan larangan kepada orang awam dan hanya operator serta lori yang dilantik SWCorp sahaja dibenarkan masuk, namun berlaku kejadian tapak tersebut diceroboh.

Kementerian Kesihatan sambut baik keputusan Mahkamah Tinggi tolak permohonan perokok
Keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan tindakan kementerian itu dilakukan secara teliti dan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Singapura tarik balik ILS, Malaysia gantung kawasan larangan
Singapura bersetuju menarik balik pelaksanaan ILS bagi Lapangan Terbang Seletar manakala Malaysia pula menggantung penguatkuasaan kawasan larangan (RA) kekal ruang udara Pasir Gudang.