KUCHING: Singapura akan membuka sebuah hospital di Sarawak sebagai salah satu strategi memaksimumkan perkhidmatan kesihatannya melangkaui sempadan negara itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatan Singapura selepas pengoperasian ibu kota Indonesia, Nusantara di Kalimantan kelak.
Jelasnya, pendaftaran sesi rawatan yang memberangsangkan oleh penduduk Kalimantan di negara itu memungkinkan Singapura membuka sebuah fasiliti perubatan di Sarawak di samping hospital swasta lain.
“Kini kita memiliki beberapa hospital swasta dan salah satunya yang akan datang ialah daripada Singapura.
"Bayaran perubatan di Singapura sangat tinggi, di sini (Sarawak) kita gunakan mata wang ringgit.
"Jika mereka buka cawangan hospital di sini, ramai klien mereka dari Indonesia yang berjiran dengan Sarawak akan datang bagi mendapatkan rawatan.
“Nusantara dijangka akan menghimpunkan lebih 30 juta populasi dan kedudukannya yang hampir dengan Kuching memungkinkan kita untuk memperluaskan jaringan ART (Autonomous Rail Transit) sehingga ke Pontianak, dan kita sedang melihat perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Business Federation (SBF) dan National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) di Kuching pada Isnin.
Tambah Abang Jo, keupayaan dan komitmen Sarawak menjalankan kajian biodiversiti serta menubuhkan pusat penyelidikan perubatan antara mekanisme penting bagi menyuburkan pelancongan kesihatan di Sarawak.
“Kekayaan sumber biodiversiti mendorong kita untuk melaksanakan penyelidikan perubatan merangkumi penyakit berjangkit, juga penghasilan vaksin, namun ia mesti dilakukan oleh pakar, jadi kita bekerjasama dengan Singapura dan Universiti Johns Hopkins.
“Jadi kita bina sebuah makmal penyelidikan bernilai RM200 juta di Samarahan dan kajian akan melibatkan pakar dari Singapura, Amerika Syarikat menerusi Universiti Johns Hopkins yang akan membantu dalam mendapatkan akreditasi antarabangsa dalam penyelidikan,” katanya.
Sehingga kini Sarawak memiliki sekurang-kurangnya 11 hospital swasta yang majoritinya beroperasi di bahagian Kuching, Miri dan Sibu.
Sebelum ini Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) melaporkan bahawa pelancongan perubatan telah menyumbang sebanyak RM1.7 bilion pada 2019.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 29 2022

Singapura akan membuka sebuah hospital di Sarawak sebagai salah satu strategi memaksimumkan perkhidmatan kesihatannya melangkaui sempadan negara itu. -Gambar hiasan/Freeimages

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Singapura bakal buka hospital di Sarawak, perkasa industri pelancongan perubatan
Selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatannya.