"SAYA bukan menuduh tetapi dalam kes ini saya kenal orangnya, siapa isterinya, berapa ramai anaknya, dan di mana mereka tinggal.
"Dalam kes saya ini amat sedih kerana penglibatan pihak tertinggi dalam mahkamah."
Itu luahan seorang 'mangsa' sindiket poligami yang bertahun-tahun memendam perasaan selepas suaminya membuat keputusan untuk memadukannya tiga tahun yang lalu.
Terlalu kecewa dengan keputusan suaminya, individu itu yang ditemui Astro AWANI baru-baru ini, mendedahkan dia hanya mendapat tahu tentang 'aktiviti' suaminya dari perbualan di aplikasi WhatsApp dengan pihak mahkamah berhubung proses 'poligami ekspres' berkenaan.
Astro AWANI terpaksa melindungi identiti individu yang ditemu ramah atas faktor keselamatan.
Umum mengetahui, stigma masyarakat terhadap kehidupan berpoligami bukan lagi satu perkara yang asing, meskipun penjelasan mengenainya telah diperincikan dalam hukum syarak Islam.
Dalam isu poligami, tumpuan utama akan diletakkan ke atas golongan isteri khususnya berkenaan persediaan serta kerelaan mereka untuk berkongsi kasih.
Ramai memahami bahawa berpoligami itu bukan satu kesalahan, bagaimanapun, pokok perkara yang menjadi isunya adalah tentang kewujudan ‘orang dalam’ atau ‘tangan ghaib’ yang telah mencemarkan konteks poligami itu sendiri.
Perkara ini bermula dengan kewujudan ‘sindiket poligami’ apabila proses permohonan poligami dilakukan menerusi saluran yang tidak sepatutnya, sekali gus mencetus perspektif negatif tentang hasrat seseorang individu untuk berpoligami.
Menerusi laporan khas berjudul, Poligami Semudah Membeli Madu ini Astro AWANI telah mendapatkan beberapa mangsa sindiket poligami yang berkongsi kisah tentang bagaimana taktik kotor itu dibuat bagi akses mereka untuk mendapat jalan pintas.
Pemalsuan dokumen seperti tanda tangan, surat-menyurat, serta sijil nikah palsu jelas berlaku malah penglibatan ‘orang dalam’ dilihat menjadi pihak pemudah cara.
Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihaknya tidak menafikan salah laku seperti yang dinyatakan itu sememangnya berlaku terutamanya tentang dakwaan campur tangan ‘orang dalam’.
Lebih mengecewakan, ada pihak yang sanggup 'menabur' wang ringgit yang lebih daripada biasa, semata-mata bagi menyegerakan proses pendaftaran nikah sedangkan nilai sebenar tidak menelan belanja yang begitu besar.
Secara logik, proses pendaftaran nikah mengambil masa, lebih-lebih lagi melibatkan beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan terlebih dahulu. Namun, dengan penglibatan sindiket, yang adakalanya melibatkan 'kos' tertentu, semua itu mampu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.
Bagi mendapatkan perincian penuh, saksikan laporan khas Poligami: Semudah Membeli Madu yang bakal mengupas sejauh mana perjalanan sindiket ini berlaku dalam negara.
Hilmi Malik
Mon Mar 29 2021

Proses pendaftaran nikah begitu mudah dengan ada penglibatan 'orang dalam' meskipun proses pendaftaran mengambil masa. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.

Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta
JAIS mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan susulan insiden murid maut terkena renjatan elektrik.

141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka sebanyak 141 kertas siasatan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.

Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.

JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.