PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah.
SPRM pada Jumaat membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisen dan menahan enam individu dalam operasi khas di empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 35 tahun itu yang juga seorang pengarah urusan agensi pelancongan di Selangor ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
Sumber berkata lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada dua individu yang ditahan reman sebelum ini sebagai balasan membantu ejen agensi pelancongannya mendapatkan tiket penerbangan umrah.
"SPRM turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM160,000, telefon mudah alih dan beberapa komputer riba yang digunakan lelaki terbabit. Proses pembekuan akaun-akaun tertentu terutamanya akaun pelaburan amanah saham yang melibatkan isteri, bekas isteri serta anak-anak mereka turut dijalankan," kata sumber.
Menurut sumber, siasatan SPRM menjurus kepada salah laku jenayah rasuah dalam kalangan pegawai syarikat yang merupakan ejen tunggal kepada syarikat penerbangan luar negara.
Sumber berkata siasatan awal mendapati tiada unsur salah laku oleh syarikat (ejen tunggal) itu namun beberapa pegawainya telah memanipulasi penjualan tiket melalui 'komisen' yang diminta daripada syarikat pelancongan lain untuk kepentingan sendiri.
"Siasatan juga mendapati syarikat ejen tunggal ini telah menyempurnakan penjualan tiket berdasarkan kepada kuota yang dipersetujui dan ditetapkan oleh syarikat penerbangan luar negara berkaitan.
"Justeru, tiada timbul kebimbangan terhadap pengurangan jumlah kuota sedia ada yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada syarikat penerbangan luar negara tersebut kerana syarikat ejen tunggal sentiasa berjaya memenuhi kuota tiket seperti yang diperuntuk," katanya.
Kata sumber, SPRM telah memanggil beberapa saksi dari syarikat berkaitan dan tidak menolak kemungkinan memanggil lebih ramai lagi bagi membantu siasatan.
Sumber berkata perintah reman empat hari terhadap lelaki itu telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin hari ini.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
![Sindiket kuota umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan Sindiket kuota umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676203940_SPRMMDBrasuah.jpg)
Siasatan SPRM menjurus kepada salah laku jenayah rasuah dalam kalangan pegawai syarikat yang merupakan ejen tunggal kepada syarikat penerbangan luar negara. - Gambar hiasan
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
![Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723768689_abraufyusoh.jpg)
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
![Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723768526_soccermatch.jpg)
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
![Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717937962_AzamBaki.jpg)
Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki
Siasatan dakwaan pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor membabitkan syarikat milik suami Hannah Yeoh dijangka siap dalam tempoh terdekat.
![Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki
Siasatan dakwaan penyelewengan dana derma awam berjumlah RM3 juta oleh pasangan pempengaruh dan dua individu lain hampir lengkap.
![SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol
SPRM Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.
![Pegawai kanan SPRM bebas pertuduhan beri maklumat palsu kepada JAIS Pegawai kanan SPRM bebas pertuduhan beri maklumat palsu kepada JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Pegawai kanan SPRM bebas pertuduhan beri maklumat palsu kepada JAIS
Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan denda RM1,500 seorang pegawai kanan SPRM kerana memberi maklumat palsu berkaitan identitinya kepada JAIS semasa serbuan khalwat pada 2017.
![Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019 Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019
Seorang guru besar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung Bayaran Bantuan Awal Persekolahan.
![Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000 Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723523335_GuruAbdulAzizHusi.jpg)
Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000
Seorang guru mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM33,870.10 kepada SPRM.
![SPRM tahan empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan SPRM tahan empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/81504673595_BajuLokap.jpg)
SPRM tahan empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan
Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas semua suspek.
![SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723279019_TBSPRM.jpg)
SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan
SPRM menganjurkan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan bagi memerangi jenayah kewangan.
![SPRM tahan tiga individu disyaki seleweng dana syarikat SPRM tahan tiga individu disyaki seleweng dana syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723219416_TBSELEWENG.jpg)
SPRM tahan tiga individu disyaki seleweng dana syarikat
SPRM menahan reman tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) kerana disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam.
![Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723194220_TBJAZLAN.jpg)
Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera
Ahmad Jazlan menafikan dakwaan bahawa beliau telah menjual kilang Felcra kepada syarikat bukan Bumiputera dan bersedia disiasat mengenainya.