KUALA LUMPUR: Malaysia terus menyuarakan nasib dan hak Palestin di peringkat global menerusi platform Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-19 yang berlangsung di Kampala, Uganda.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Malaysia dalam sesi khas "NAM Ministerial Committee on Palestine" antaranya, menegaskan kepentingan penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka.
Beliau turut menyentuh bahawa kesengsaraan rakyat Palestin adalah kegagalan sistem pelbagai hala.
"NAM sebagai sebuah organisasi perlu lebih aktif dan agresif serta menggandakan usaha bagi mengekalkan kredibilitinya dalam menangani ketidakadilan dalam komuniti antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sebelum itu, Mohamad menghadiri hari pertama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Sidang Kemuncak NAM ke-19.
Dalam sela masa sesi hari pertama, beliau kesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Maldives, Moosa Zameer dan Timbalan Menteri Luar Venezuela, Tatiana Pugh Morello.
Pada sebelah malam pula, Mohamad menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh Menteri Luar Uganda, Jeneral Odongo Jeje Abubakhar.
Persidangan akan diteruskan di peringkat Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan pada Jumaat dan Sabtu, dengan Mohamad turut dijadual menyampaikan kenyataan negara.
Astro Awani
Thu Jan 18 2024
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak NAM di Kampala, Uganda dari 17 hingga 22 Januari nanti - Foto/Facebook Mohamad Alamin
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Malaysia sudah salur RM44.7 juta, 5,000 tan bantuan kepada Palestin
Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin, termasuk di pentas-pentas antarabangsa seperti UNGA dan OIC.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Hubungan dua hala Malaysia-Uganda terus diperkukuh
Isu dua hala antara Malaysia dan Uganda terus diperkukuhkan termasuk meneroka bidang lain yang mampu memperhebat hubungan kedua-dua negara.
BRICS: Kementerian Luar pastikan kepentingan negara terjaga, terpelihara
BRICS mengamalkan dasar tidak mempengaruhi dan mencampuri hal-hal dalaman negara-negara anggotanya.
Malaysia akan terus suarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan
Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu di lautan tersebut dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.
Malaysia-Jepun komited perkukuh perkongsian strategik komprehensif
Malaysia dan Jepun menggariskan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
Pengukuhan komuniti ASEAN ke arah rantau berdaya tahan - Mohamad Alamin
Pengukuhan komuniti ASEAN adalah penting kearah pembentukan rantau yang berdaya tahan dan kesalinghubungan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Pemerdagangan manusia: 90 peratus bukan mangsa sebaliknya terlibat jenayah penipuan di luar negara
Kira-Kira 90 peratus rakyat Malaysia yang dikatakan menjadi mangsa pemerdagangan manusia didapati bukanlah mangsa sebenar sebaliknya terlibat dalam sindiket jenayah penipuan di luar negara.
Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.