Perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Negara Hal Ehwal Luar (Antarabangsa) Uganda, Henry Oryem Okello ke atas Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu berkaitan perdagangan, pelaburan dan pendidikan.
Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama seperti Kepengerusian ASEAN 2025, perkembangan terkini Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan situasi semasa di Palestin.
Henry sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia dari 5 hingga 11 November 2024.
Tujuan utama lawatan beliau ke Malaysia adalah bagi menghadiri Hari Kebangsaan Republik Uganda ke-62.
