KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bersidang enam hari bermula Isnin ini bakal tertumpu kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KSP RMK12 itu disediakan bagi mengukur pencapaian pada 2021-2022, serta hala tuju 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira cabaran domestik dan trend global semasa.
Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 yang dijadual bermula 10 pagi akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen bermula Selasa, sebelum jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 Sept.
Dewan Rakyat sebelum ini bersidang pada 22 Mei hingga 15 Jun sebelum ditangguhkan.
Pada 19 Jun lepas, Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai KSP RMK12 bersetuju supaya semua pihak bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam perkongsian di Facebook beliau menyatakan mesyuarat khas itu untuk membincangkan hala tuju baharu dalam KSP RMK12 bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia MADANI.
Memetik kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, KSP RMK12 perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan atau perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh dipakai lagi.
Selain menyifatkan pembentangan KSP RMK12 di Parlimen sebagai 'unik', beliau berkata kajian berkenaan adalah sebagai rancangan baharu untuk negara.
KSP RMK12 memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu penilaian dan semakan semula meliputi pencapaian, analisis jurang, cadangan penambahbaikan dan hala tuju.
Aspek kedua pula menekankan kepada kecekapan pelaksanaan program dan projek pembangunan, dengan mengambil iktibar daripada pengalaman pelaksanaan projek pembangunan pada 2021 dan 2022.
Pada 27 Sept 2021, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan', dengan peruntukan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah pelan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Pembentangan KSP RMK12 yang dijadual bermula 10 pagi akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen bermula Selasa, sebelum jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 Sept. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PM setuju sidang khas RUU Antilompat Parti pada 11 April - Wan Junaidi
Perdana Menteri juga bersetuju melanjutkan persidangan khas itu sekiranya tempoh masa satu hari bagi membincangkan RUU itu tidak mencukupi.

UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana.

COVID-19: 56 kes positif dikesan di Parlimen setakat semalam - KP Kesihatan
Daripada jumlah tersebut, dua kes melibatkan Ahli Parlimen, 6 pegawai pengiring dan 48 kes melibatkan pegawai dari pelbagai agensi kerajaan.