KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 kes positif COVID-19 dikesan setakat semalam (28 Julai) hasil ujian saringan COVID-19 yang dijalankan antara 21 hingga 25 Julai lalu bagi sesi Mesyuarat Khas Parlimen.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, dua kes melibatkan Ahli Parlimen, pegawai pengiring (enam), manakala 48 kes lagi melibatkan pegawai dari pelbagai agensi kerajaan.
Menurut beliau, dalam tempoh tersebut, seramai 2,093 individu menjalani saringan ujian masing-masing di Kompleks Parlimen, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya serta fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta.
“Ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus. Daripada 56 kes yang positif ini, 39 (69.6 peratus) terdiri daripada mereka yang belum menerima dos vaksin lengkap atau belum menerima vaksin.
“Hasil siasatan dan penilaian risiko yang dijalankan setakat semalam, kes-kes positif ini tidak mempunyai kaitan epidemiologi di antara satu sama lain.
“Individu yang disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen. Mereka telah diasingkan, dirawat dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif tersebut sebelum hari bermula Sidang Mesyuarat Khas Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: 4 lagi kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen - Speaker
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, siasatan diteruskan untuk mengesan kontak rapat kepada kes-kes positif tersebut.
Katanya, sehingga 28 Julai juga, empat orang kontak rapat telah disahkan positif COVID-19.
Jelas beliau, keempat-empat kontak rapat tersebut tidak hadir sejak hari pertama persidangan berlangsung dan sedang dalam tindakan susulan oleh pihak kesihatan.
Mengambil kira situasi semasa COVID-19 dan keputusan ujian saringan, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan agar jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan.
“Bagi memastikan Sidang Khas Parlimen terus berjalan lancar, semua individu dikehendaki untuk mematuhi SOP dan peraturan-peraturan sedia ada.
“KKM akan terus memantau perkembangan situasi di Parlimen.
“Pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah ditempatkan di bangunan Parlimen untuk menyelaras saringan demam dan gejala ke atas semua yang memasuki bangunan Parlimen.
“Sehingga 28 Julai 2021 seramai 104 individu telah menjalani ujian saringan kendiri “RTK-Ag Self Test Kit” menggunakan sampel saliva dan mendapati kesemuanya negatif COVID-19.
“Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan individu yang menghadiri Parlimen, siasatan akan dijalankan termasuk pengesanan kontak dan punca jangkitan,” ujar beliau.
Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung selama lima hari bermula Isnin lalu, dan diadakan mengikut peraturan mesyuarat dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 29 2021
Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung selama lima hari bermula Isnin lalu, dan diadakan mengikut peraturan mesyuarat dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan - Gambar BERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.