Kementerian Pertahanan tidak pernah menamatkan siasatan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam isu pengurusan Projek Jiwa Murni (PJM).
Menterinya Pertahanan Mohamad Sabu menjelaskan, ia masih dalam siasatan dan tidak sampai untuk dibawa ke pengetahuan umum melalui Kertas Putih Pertahanan (KPP).
"Ia masih di dalam siasatan Tan Sri Ambrin (Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan), ia belum tamat lagi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Peringkat Tinggi Kertas Putih Pertahanan di Wisma Perwira, pada Selasa.
Persidangan meja bulat itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penyelewengan satu projek menaik taraf jalan di pedalaman Sarawak.
Menurut sumber, projek itu dikatakan tidak menepati piawaian selain gagal disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan dipercayai disebabkan oleh faktor rasuah.
Jelasnya, projek melibatkan seorang penjawat awam bergelar Datuk Seri itu bermula pada tahun 2009 dan sepatutnya disiapkan pada 31 September 2011.
Pada tahun lepas, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan memulakan siasatan pertamanya ke atas Kementerian Pertahanan.
Ambrin berkata jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu itu memulakan tugas siasatan berkenaan atas permintaan Mohamad sendiri.
Jelasnya, siasatan jawatankuasa tersebut akan memberi fokus kepada kes-kes yang mencurigakan di mana-mana kementerian selain mengesyor langkah-langkah yang lebih baik bagi membasmi ketirisan wang negara.
Sebagai permulaan ujar Ambrin, jawatankuasa itu akan memulakan penyiasatan ke atas beberapa projek di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, lawatan audit mendapati kualiti kerja Pengurusan Projek Jiwa Murni (PJM) kurang memuaskan dan ada jalan yang tidak dibina bahu jalan serta longkang mengikut standard jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) disebabkan peruntukan tidak mencukupi.
Kertas Putih Pertahanan yang akan dibentangkan di Parlimen pada Julai adalah dokumen yang bukan lagi diklasifikasikan sebagai sulit yang boleh dibaca oleh semua rakyat negara ini.
Astro Awani
Tue Jan 29 2019
![Siasatan Projek Jiwa Murni tidak pernah ditamatkan - Menteri Pertahanan Siasatan Projek Jiwa Murni tidak pernah ditamatkan - Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544950473_TBAmanah.jpg)
MOHAMAD: Ia belum tamat lagi.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738191110_tbIsraeliprotesters.jpg)
Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.
![Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.
![Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713866416_KhaledNordin.jpg)
Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.
![CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736126505_tbPoliceofficers.jpg)
CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
![Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735985087_MohamedKhaledNordi.jpg)
Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.
![Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733393405_YoonSukYeol.jpg)
Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.
![Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733998683_TBMalbat.jpg)
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
![PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731390655_TBREAIM.jpg)
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.