PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata pihak MyCC telah memulakan penyiasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.
Katanya MyCC telah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.
"Penemuan daripada penyiasatan ini akan dibentangkan kepada anggota-anggota Suruhanjaya yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nanta berkata sekiranya didapati tuduhan kartel itu mempunyai asas yang kuat, MyCC dijangka mengeluarkan Keputusan Cadangan di bawah Seksyen 36 akta sama dan pihak yang disiasat akan diberi ruang untuk mempertahankan diri mereka melalui sesi representasi bertulis dan lisan sebelum suruhanjaya membuat keputusan muktamad.
Beliau berkata sekiranya didapati melanggar seksyen itu, mereka boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus dari jualan produk atau perkhidmatan selama mana pelanggaran itu berlaku.
Nanta juga berkata laporan sebuah portal berita semalam bahawa terdapat kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam adalah tidak tepat kerana kes itu masih disiasat dan belum dapat dibuktikan lagi.
Mengenai penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mana-mana individu dan syarikat yang menyorok, menyimpan atau melakukan unsur-unsur sabotaj terhadap bekalan ayam, Nanta berkata kementeriannya melalui Bahagian Penguat Kuasa memberi jaminan akan menjalankan siasatan sekiranya wujud elemen perlanggaran terhadap akta itu di semua rantaian bekalan dan peruncitan.
Katanya akta ini juga akan diguna pakai terhadap mana-mana penjual yang mengenakan syarat dan menjual harga barangan kawalan melebihi harga ditetapkan.
Sementara itu, Nanta berkata KPDNHEP menyambut baik saranan dan langkah penyelesaian dikemukakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Mesyuarat Kabinet semalam untuk menangani isu bekalan dan harga ayam.
Beliau berkata KPDNHEP sedia bekerjasama dengan mana-mana kementerian dan agensi yang berkaitan untuk bersama-sama mencari dan melaksanakan tindakan penyelesaian bagi merealisasikan saranan berkenaan.
Kerajaan bersetuju mengambil beberapa tindakan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi isu bekalan serta harga ayam termasuk eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
![Siasatan MyCC rangkumi kesemua pemain industri ayam, dijangka selesai akhir Jun Siasatan MyCC rangkumi kesemua pemain industri ayam, dijangka selesai akhir Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653401983_AlexanderNantaLing.jpg)
Nanta berkata, MyCC telah memulakan penyiasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718026906_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
![MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703576258_TBMyCC.jpg)
MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras
MyCC berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada KPB Oktober lepas, menyatakan kesediaan untuk berbincang.
![Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan' Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703652803_TBakadnikahjpg.jpg)
Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'
Lebih 500 syarikat kini berada di dalam radar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
![Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703645639_TBiskandarismail.jpg)
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
![Kartel makanan ayam: Kes terbesar MyCC, peringatan kepada pemain industri Kartel makanan ayam: Kes terbesar MyCC, peringatan kepada pemain industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703302044_ArmizanMohdAli.jpg)
Kartel makanan ayam: Kes terbesar MyCC, peringatan kepada pemain industri
Beliau menegaskan bahawa banyak pihak penguat kuasa terlibat bagi mengesan dan memantau aktiviti kartel dalam industri.
![Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666341755_TBISKANDAR.jpg)
Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat
Syarikat-syarikat berkenaan dikenakan penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
![Bekalan dan harga ayam terkawal - MyCC Bekalan dan harga ayam terkawal - MyCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697192612_ayam.jpg)
Bekalan dan harga ayam terkawal - MyCC
Bekalan dan harga ayam didapati terkawal walaupun selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam, menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan MyCC dalam kes MAS, AirAsia Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan MyCC dalam kes MAS, AirAsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81595746796_pesawat.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan MyCC dalam kes MAS, AirAsia
Hakim Abang Iskandar memerintahkan MyCC membayar MAS dan AirAsia masing-masing sebanyak RM50,000 sebagai kos.
![MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663838269_TBISKANDAR.jpg)
MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membantah kenaikan yuran guaman melibatkan pemindahan hak milik ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
![MyCC gagal dapat kebenaran merayu dalam kes Grab Holdings MyCC gagal dapat kebenaran merayu dalam kes Grab Holdings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227491_TBMYCC.jpg)
MyCC gagal dapat kebenaran merayu dalam kes Grab Holdings
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.