Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan memberikan keputusannya hari ini mengenai siapakah Ketua Menteri Sabah yang sah antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie dijadual memberikan keputusannya pada pukul 3 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.
Pada 24 Okt, Hakim Yew menangguhkan keputusannya ke 7 Nov selepas mendengar penghujahan panjang lebar oleh peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad dan S. Vanugopal yang mewakili Musa, Datuk Douglas Lind yang bertindak bagi pihak Mohd Shafie dan Peguam Besar Negeri Datuk Zaleha Rose Pandin yang mewakili Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Musa pada mulanya memfailkan writ saman terhadap Mohd Shafie pada 17 Mei tetapi telah menariknya balik, bagaimanapun pada bulan Jun, beliau memfailkan saman pemula bagi memohon mahkamah, antara lain, mengeluarkan satu perintah bahawa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah yang telah dilantik oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 10 Mei.
Saman pemula tidak memerlukan perbicaraan dijalankan di mana para peguam daripada kedua-dua belah pihak akan memfailkan penghujahan dan afidavit bagi penghujahan kes masing-masing, manakala writ saman memerlukan perbicaraan dan saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
Dalam saman pemula yang difailkannya, Musa menamakan Juhar sebagai defendan pertama dan penggantinya, Mohd Shafie sebagai defendan kedua dan memohon satu perintah bahawa pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei adalah tidak sah.
Beliau juga memohon satu perintah bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dan satu perintah bahawa tiada pembatalan atau pemecatan beliau daripada jawatan itu.
Musa juga memohon perintah bahawa defendah pertama (Juhar) telah mencabuli perlembagaan dalam melantik Mohd Shafie sebagai anggota Kabinet Negeri serta memohon satu perintah bahawa segala tindakan dan perkara-perkara yang dilakukan oleh Mohd Shafie dan/atau yang didakwa kabinet beliau selepas beliau mendakwa telah dilantik sebagai Ketua Menteri, adalah tidak sah dan terbatal dan tidak mempunyai kesan selain membawa kerosakan kepada kedua-dua pihak defendan.
Musa telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei selepas memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi hilang majoriti selepas beberapa anggota Dewan Undangan Negeri daripada partinya (UMNO) dan dari parti komponen Barisan Nasional (UPKO) melompat parti untuk memberi sokongan kepada Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Mohd Shafie.
Pada 5 Nov, Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsensi pembalakan di negeri itu yang berjumlah US$63,293,924 (RM263,460,962.313).
Bagi kesemua pertuduhan itu, Musa, 67, didakwa telah meminta rasuah daripada lapan pemilik syarikat konsensi pembalakan semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan kesalahan-kesalahn itu didakwa dilakukannya di lapan institusi kewangan di Hong Kong dan Singapura antara Disember 2004 dan November 2008.
Hakim Rozina Ayob membenarkan Musa diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin selain diperintah menyerahkan pasport diplomatik dan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kesnya selesai dan menetapkan 13 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu.
Musa telah membayar wang jaminan sebanyak RM2 juta itu pada Isnin walaupun Rozina membenarkan beliau membuat pembayaran secara ansuran di mana RM1 juta perlu dibayar pada hari Isnin dan bakinya boleh diselesaikan pada hari Rabu (hari ini).
Peguamnya Amer Hamzah Arshad telah memohon agar wang ikat jamin itu dibayar secara ansuran dengan RM500,000 dibayar pada Isnin dan bakinya diselesaikan menjelang Rabu.
Rozina juga memerintahkan Musa supaya berada di Kuala Lumpur dan melarangnya pulang ke Kota Kinabalu sehingga urusan ikat jaminnya diselesaikan pada Rabu, walapun Amer Hamzah memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya perlu menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Rabu.
Bernama
Wed Nov 07 2018
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan memberikan keputusannya hari ini mengenai siapakah Ketua Menteri Sabah yang sah antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.