KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pembinaan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa beliau menerima wang berjumlah RM63,800 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad berhubung kerja-kerja membaik pulih bumbung tiga blok bangunan Projek Puri Langkasuka di Larkin.
Mustapha Ali, 63, berkata, beliau menerima wang itu menerusi sekeping cek daripada seorang peniaga, Syed Mohsin Syed Sagaf, pada akhir Mac 2014 setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan.
"Semua wang yang didepositkan berjumlah RM63,800 telah saya kembalikan kepada Syed Mohsin melalui tiga keping cek Public Islamic Bank," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Syed Mohsin meminta saya untuk menyediakan surat sebut harga kepada Tan Sri Shahrir kerana Syed Mohsin telah menggunakan wang peribadinya sebagai pendahuluan untuk membeli barang-barang membaiki bumbung serta membayar upah saya dan pekerja tetapi beliau masih belum membuat tuntutan daripada Tan Sri Shahrir," katanya.
Selain itu, Mustapha berkata, semasa perjumpaan sekitar Oktober 2013, beliau serta Syed Mohsin berbual mengenai perkembangan kerjaya masing-masing dan Syed Mohsin memaklumkan ada membuat kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka atas arahan Shahrir.
"Memandangkan ketika itu saya tidak mempunyai projek, saya ada bertanya kepada Syed Mohsin sama ada beliau memerlukan pekerja atau tidak untuk melakukan kerja baik pulih tersebut," katanya yang mengenali Syed Mohsin selama kira-kira 30 tahun sejak menjalankan perniagaan sebagai 'broker' penjualan kereta.
Saksi itu berkata, Syed Mohsin telah bersetuju supaya beliau melakukan kerja pembaikan bumbung bagi tiga blok bangunan yang terbengkalai dan pembayaran akan dibuat oleh Shahrir sendiri.
Sementara itu, Mustapha bersetuju dengan peguam Syahrul Syazwan Salehin, yang mewakili Shahrir, bahawa kerja-kerja membaik pulih bumbung tiga blok bangunan itu adalah projek terbengkalai.
Saksi itu berkata, beliau tidak pasti sama ada Syed Mohsin memaklumkan kepadanya bahawa projek tersebut bertujuan memindahkan penduduk setinggan ke tempat yang lebih selesa dan baik.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
![Shahrir beri cek RM63,800 untuk kerja baik pulih bumbung bangunan - Saksi Shahrir beri cek RM63,800 untuk kerja baik pulih bumbung bangunan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662462135_TBSHAHRIR.jpg)
Tan Sri Shahrir Ab Samad ketika hadir bagi sambung bicara kes yang dihadapinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kes Shahrir Samad: Cek RM118,485 atas nama syarikat kereta dideposit dalam akaun bank Kes Shahrir Samad: Cek RM118,485 atas nama syarikat kereta dideposit dalam akaun bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625216868_TBxjpg.jpg)
Kes Shahrir Samad: Cek RM118,485 atas nama syarikat kereta dideposit dalam akaun bank
Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank sahkan salinan imej cek Public Islamic Bank atas nama Sutera Auto Sdn Bhd.
![Shahrir beri cek RM63,800 untuk kerja baik pulih bumbung bangunan - Saksi Shahrir beri cek RM63,800 untuk kerja baik pulih bumbung bangunan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662462135_TBSHAHRIR.jpg)
Shahrir beri cek RM63,800 untuk kerja baik pulih bumbung bangunan - Saksi
Wang itu diterima Mustapha Ali menerusi sekeping cek daripada seorang peniaga, Syed Mohsin Syed Sagaf pada akhir Mac 2014.