Tempoh bertenang bermula apabila pengguna log masuk selepas melakukan mana-mana aktiviti berikut seperti pendaftaran akaun kali pertama, menukar peranti buat kali pertama dan meningkatkan had pemindahan QR DuitNow (kepada orang lain).
Tempoh bertenang enam jam juga akan mengehadkan sejumlah transaksi dan aktiviti perbelanjaan tertentu disebabkan oleh sekatan keselamatan.
Ia termasuklah fungsi pembayaran melalui Setel QR dan DuitNow QR, pembelian di Kedai PETRONAS, serta urusan libatkan cukai jalan seperti insurans kenderaan, khidmat pelanggan dan perkhidmatan kereta tidak akan tersedia.
Kemudian had baharu pemindahan QR DuitNow juga hanya boleh digunakan selepas tempoh bertenang berkenaan.
Bagaimanapun masih terdapat fungsi lain yang boleh digunakan semasa tempoh berkenaan seperti mengisi minyak, mengecas kenderaan elektrik (EV), pembayaran tempat letak kereta, pembayaran di kedai Mesra, serta pengambilan pesanan di Café Mesra.
Pengguna akan dimaklumkan mengenai tempoh bertenang ini melalui notifikasi yang dihantar ke dalam peti masuk aplikasi masing-masing.
Tempoh bertenang juga akan tamat secara automatik selepas tempoh tertentu.
Dengan mengambil kira dan merancang transaksi lebih awal, anda boleh mengelakkan diri daripada menghadapi masalah tidak diingini.
Sumber: Rnggt