Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan serpihan yang disyaki pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, ke selatan Thailand, Ahad lalu bukan milik pesawat MH370.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pasukan pakar dari Malaysia mengesahkan nombor bahagian pemasangan, nombor ikatan wayar dan nombor bahagian bolt tidak sepadan dengan pesawat jenis boeing 777.
Tambahnya, terdapat beberapa nombor yang dikesan di beberapa bahagian lain serpihan itu juga tidak tersenarai dalam manual katalog ilustrasi bahagian MAS B-777.
Pasukan pakar membabitkan tiga agensi termasuk kementeriannya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa serpihan itu bukan milik B777 9M-MRO pesawat MH370.
BACA: Serpihan logam adalah dari roket, bukan pesawat, kata firma Jepun
BACA: Tidak mungkin serpihan di Thailand milik MH370 - Pakar penerbangan
BACA: Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut
Kementerian Pengangkutan turut melahirkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Thailand dan pihak berkuasa penerbangan awam Thailand kerana tindakan pantas serta sokongan mereka dalam proses mengenalpasti itu.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
Astro Awani
Tue Jan 26 2016
![Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453649971_MHDebrisThailand.jpg)
Serpihan bangkai yang dipercayai pesawat itu ditemui di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat pada jam 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), pada Ahad. - Gambar Fail
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51589519775_UkraineCrisis.jpg)
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
![PKP 2.0: Pemilik kenderaan perdagangan tidak perlu surat kelulusan MOT PKP 2.0: Pemilik kenderaan perdagangan tidak perlu surat kelulusan MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590835232_PolisSekatanJalan.jpg)
PKP 2.0: Pemilik kenderaan perdagangan tidak perlu surat kelulusan MOT
Pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
![Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603953996_KTM.jpg)
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
![Berdosa jika tidak patuhi peraturan jalan raya - Mufti Berdosa jika tidak patuhi peraturan jalan raya - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81527485913_Mufti.jpg)
Berdosa jika tidak patuhi peraturan jalan raya - Mufti
Kewajipan itu terpakai kerana mentaati pemerintah selama mana sesuatu arahan yang dikeluarkan dari pihak pemerintah tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.
![DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370 DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61459648236_MHDebris.jpg)
DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370
Pengesahan hanya dapat dibuat selepas ujian terperinci dan analisis dilakukan terhadap serpihan itu.
![Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71438195412_950x600.jpg)
Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari
Bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
![Serpihan pesawat disyaki MH370 ditemui di Mozambique tiba untuk dianalisa - Liow Serpihan pesawat disyaki MH370 ditemui di Mozambique tiba untuk dianalisa - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457004966_Mhwreckage.jpg)
Serpihan pesawat disyaki MH370 ditemui di Mozambique tiba untuk dianalisa - Liow
Serpihan berkenaan tiba pagi tadi bersama pasukan penyiasat terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS serta pasukan penyiasat khas MH370.
![MH370: Pasukan penyiasat Malaysia kini berada di Mozambique - Liow MH370: Pasukan penyiasat Malaysia kini berada di Mozambique - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457019929_Mhwreckage.jpg)
MH370: Pasukan penyiasat Malaysia kini berada di Mozambique - Liow
Pasukan itu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Mozambique esok untuk memutuskan sama ada untuk menganalisa serpihan yang ditemui di Australia atau Malaysia.
![MH370: Ramai waris tragedi cari jalan penyelesaian berunding dengan MAS - Liow MH370: Ramai waris tragedi cari jalan penyelesaian berunding dengan MAS - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455426647_MhTribute.jpg)
MH370: Ramai waris tragedi cari jalan penyelesaian berunding dengan MAS - Liow
Ahli keluarga mangsa yang ingin membuat dakwaan ke mahkamah, masih boleh berbuat demikian selewat-lewatnya 8 Mac depan.
![Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453649971_MHDebrisThailand.jpg)
Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai
Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, ke selatan Thailand, Ahad lalu bukan milik pesawat MH370.